Multiple Yahoo Messenger

Siapa yang tak kenal dengan yahoo messanger ni kan. Sekarang, budak-budak sekolah pun dah pandai chatting, dah pandai buat conference sesama rakan, malah ada jugak yang nakal bermain dengan webcam hehehe. Tapi itu semua tak penting! Jika anda mempunyai lebih dari satu akaun yahoo, adakah anda sering login akaun satu dan logout kemudian untuk masuk akaun 2? Ini adalah satu proses yang membuang masa bukan?

Trick ini membolehkan anda membuka lebih daripada satu yahoo messenger dalam satu-satu masa. Ini memudahkan kita membuka 3,4 malah lebih akaun serentak. Bukankah itu memudahkan kerja kita? Tak menarik? Jangan click read more hehehe.



Apa yang kita kena buat:
  • Start > Run > taip "regedit" tanpa " ". Enter.
  • Backup dulu registry anda dengan pergi ke File > Export.
  • Letak la nama apa sahaja dan save.
  • Lepas tu cari key ini:
  • HKEY_CURRENT_USER\Software\Yahoo\pager\Test
  • Buatkan 1 DWORD. Bagi nama dia PLURAL.
  • Ubahkan DECIMAL kepada 1.
  • Tutup registry editor.
Restart komputer terlebih dahulu. Lepas tu cuba la buka 2, 3 atau pun lebih yahoo messenger tersebut.


Nota: Tested on yahoo messenger 9. YM 10 tak tahu la jadi ke tak. Boleh cuba sendiri.

Comments

Most Popular!

Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut

OneDrive dan Kelebihannya

ShowDesktop icon hilang?