Monday, September 13, 2010

[PERCUMA] 8-Bit Music Composer - Mario Paint Composer


Jika korang lahir dalam tahun 1985 atau sebelumnya, mesti korang pernah main game-game yang bercirikan 8-bit seperti Contra, Mario, Space Invaders, Tetris, Space Harrier 3D, Donkey Kong, Popeye, Megaman, dan bermacam-macam lagi la kan. Konsol game dia tu ada yang dipanggil Famicon, NES, SNES dan sebagainya. Aku pun dah lupa nama konsol yang mak aku beli dulu hehehe.

Nak main game-game dia tu kita kena beli cartridge. Ada jugak orang panggil cartridge ni kaset sebab bentuk dia macam kaset. Dalam cartridge ni la ada macam-macam game. Biasanya setiap cartridge tu ada dalam 10 game. Sekarang pun kat pasaraya masih ada dijual konsol game ni. Aku ingat lagi bapak aku selalu bising kalau aku main game ni lama-lama sebab katanya boleh merosakkan TV. Mungkin betul jugak apa yang dia kata sebab lama-lama lepas tu TV tu hilang warna. Lepas tu dah tak main lagi dah sebab bapak aku beli komputer masa aku darjah 6. Ehem! Termelalut plak.


Mario Paint Composer
Mario Paint Composer ni lebih kurang game la, tapi apa yang kita hasilkan tu hanyalah dalam bentuk 8-bit sahaja. Maknanya tiada la bunyi-bunyi yang gempak seperti drum, piano, atau apa sahaja yang canggih-canggih ni. Setakat bunyi yang simple-simple saje. Walaupun dengan bunyi-bunyi yang simple je pun, game ni mampu menghasilkan lagu seakan-akan sama dengan musik yang sebenar.

Jika kita cari dalam youtube, banyak lagu-lagu telah dihasilkan oleh mereka-mereka yang tahu meng'kompose' lagu dan ia berjaya. Kalau aku yang buat, compom bunyi tah pape hehehe.

Pernah dengar musik Windows XP masa komputer start dan shutdown tu? Bunyi klik mouse, bunyi aplikasi error, dan bermacam-macam lagi bunyi dalam windows kita tu? Bunyi yang simple macam tu pun ada orang boleh compose jadi satu musik yang sedap didengar, inikan pulak game ni yang memang kita hanya perlu pilih je icon kat atas tu dan letak di tempat yang kita nak.

Game ni sesuai untuk Windows dan juga Mac OS X. Semua peringkat umur boleh main hehehe. Game ni boleh download di unFun Games.

Contoh-contoh musik yang telah dihasilkan dan diletak diyoutube untuk tatapan umum:














Yang aku buat? Tak ada sebab tak jadi musik pun hehehe.

No comments :

Post a Comment