Monday, November 29, 2010

Perfect World

Beberapa bulan lepas, aku ada buat satu lukisan (lukisan konon hehehe, padahal trace je) pasal perfect world (tengok gambar atas). Tapi yang tu tak siap-siap lagi sampai ke hari ni sebab sibuk. Tambah pula program yang aku guna tu tak berapa efisien sangat. Jadi terpaksa belajar guna illustrator celup gak. Bila dah belajar sikit-sikit pasal illustrator ni, rasa macam nak buat ilustrasi apa-apa pun lagi cepat dari guna program dulu (Inkscape). Ecece, macam la pandai sangat nak buat ilustrasi pape kan hehehe. Nak buat satu yang ni pun terhegeh-hegeh nak siapkan.





Tapi, apapun aku dah berjaya jugak siapkan vector perfect world ni. Seminggu gak la aku buat, dah noob sangat gitu la. Tapi tak pe, yang penting aku dah pandai sikit-sikit guna pen tools dia tu. Lagi senang dari Inkscape. Inkscape lagi berat kalau melibatkan banyak stroke ni. Tu yang menyebabkan aku tak berapa suka dengan dia. Tapi Inkscape still direkomen sebagai free software, open source kalau tak silap untuk design-design yang mudah dan ringan. Alternatif kepada illustrator la katakan.

Jadi cakap banyak pun tak guna, bukan aku pandai sangat pun nak karang panjang-panjang macam orang lain. Merapu lebih ada la. Hasil selama seminggu aku buat yang baru macam kat bawah ni dan gambar tu aku langsung tak resize hehehe. Korang pun boleh tengok sendiri perbezaan antara illustrator dengan inkscape dengan gambar kat atas tu dengan kat bawah ni: