Friday, December 14, 2012

[INFO] Perlukah kita dengan CODEC?


Mr. X: Eiiii SAM, kenapa PC aku tak boleh play video ni??? Rosak ke eh??

Aku: PC ko tak de codec ni, nak kena install codec pack.

Mr. X: Codec? Mende tu?

(The End)

Ahahahaha. Itulah aku pada masa dulu bila orang tanya kenapa video tak boleh nak play dekat PC.


Codec ni ape plak? Aku pun tak tahu nak explain macam mana. Lebih kurang macam ni la: Codec ni adalah satu program komputer yang membolehkan kita play sesuatu lagu atau pun video. Nak play dengan ape? Mestilah media player kan. Contoh terdekat satu media player? Windows Media Player.

Statement aku di atas tu menunjukkan betapa noob* nya aku pada masa tu. Pernah tak bila korang cuba play sesuatu video tu, media player (contoh: windows media player) tak boleh play dan dia keluar satu tetingkap suruh korang download codec? Atau pun dia bagitau tak boleh play? Lihat dibawah.





Tak salah apabila aku cakap korang perlukan codec bila terjadi macam di atas, tapi codec tu banyak, ada beratus-ratus (ataupun beribu? Entah la).

Codec ada banyak jenis. Antara yang popular kebanyakan kita gunakan adalah MP3, AAC,  RealAudio, RealVideo, DivX, XviD, WMV, WMA, dan macam-macam lagi la.

Macam mana kita nak tahu codec apa yang kita perlukan? Mana nak download? Arrghh pening kepala kalau nak fikir sume tu.

Biasanya bila default media player kita tak boleh play video, kita akan terus cari dan download codec pack seperti K-Lite Codec Pack, Real Alternatives, All-In-One Codec Pack, dan lain-lain. Yang popular digunakan mana-mana biasanya ialah K-Lite Codec Pack la.

K-Lite Codec Pack pula ada banyak jenis. Ada Basic, ada Standard, ada Full, dan juga Mega. Perbezaan antara Basic, Standard, Full atau pun Mega hanyalah dari segi jumlah codec yang disertakan di dalam pakej tersebut.



Bayangkan dengan pakej Basic sahaja kita sudah boleh play kebanyakan video popular yang ada. Bagaimana pula kalau kita download dan install pakej Mega? Perlukah kita dengan lebihan-lebihan codec itu semua? Kita tahu tak codec apa yang diinstall ke dalam komputer kita?

Tetapi persoalan kita sekarang ialah perlukan kita dengan codec?

Ya, memang kita perlukan codec. Tetapi terdapat banyak cara lain lagi bagaimana untuk kita memperolehinya selain daripada download dan install codec pack itu semua.

Cara lain ialah dengan menggunakan media player yang memang sudah tersedia ada dengan codec-codec yang diperlukan untuk memainkan sesuatu video. Mesti korang pernah dengar KMPlayer, VLC Player, Pot Player, Media Player Classic, BS Player, GOM Player dan lain-lain kan?

Setiap media player tersebut telah ada codec-codec tersendiri dalam player tersebut. Jadi korang tak perlu lagi dah nak install mana-mana codec pack sebab penggunaan codec pack tu berkemungkinan menyebabkan komputer korang tak stabil, codec konflik dan sebagainya.

Mungkin ada yang tak setuju dengan apa yang aku tulis, tapi bagi aku itu adalah kebenarannya. Tidak semua orang bernasib baik bila install codec pack tu tidak menjejaskan komputer yang digunakan. Ada yang tidak bernasib baik dan komputer mereka menghadapi masalah. Aku sendiri pernah terkena beberapa kali apabila install di komputer kawan-kawan.

Penyelesaiannya ialah abaikan codec pack itu semua. Install sahaja media player seperti yang aku tulis kat atas tu.

Pada yang tidak tahu, mungkin tertanya-tanya kalau nak play video ni nak kena pakai yang mana satu? Kalau video yang macam tu pula macam mana pula?

Kepada yang menggunakan Windows 7, jangan risau sebab Windows Media Player yang disertakan dengan windows tersebut boleh play kebanyakan video.

Dan kepada mereka yang telah pun menggunakan codec pack dan tidak mengalami apa-apa masalah, teruskan menggunakannya. Aku tidak menghalang korang daripada menggunakannya.

Jika perlu install codec pack sekali pun, install lah K-Lite Codec Basic sahaja atau pun CCCP (Combined Community Codec Pack).

Post seterusnya akan mengutarakan jenis-jenis player yang boleh kita gunakan sebagai salah satu cara alternatif kepada penggunaan codec pack.