Saturday, June 15, 2013

[INFO] Selamatkah password anda?

Sebelum ini aku pernah ketengahkan satu perisian KeePass iaitu satu perisian yang menguruskan segala macam jenis password yang anda perlukan.

Jika anda tidak pernah menggunakan perisian pengurusan password, cara macam manakah anda menyimpan password? Tulis kat kertas? Letak dalam smartphone? Menggunakan notepad di dalam komputer? Atau macam mana?

Yang pasti bukan satu password saja kan? Facebook, Twitter, Yahoo Mail, Google Mail, Tumblr, Flickr atau forum masing-masing mempunyai password tersendiri kan? Atau pun anda adalah jenis orang yang hanya mempunyai satu password sahaja bagi kesemua laman tersebut? Amatlah tidak digalakkan.

Persoalannya ialah, selamatkah password yang anda gunakan itu?

Tidak susah sebenarnya untuk menghasilkan password yang baik dan selamat. Password seperti "kakiyangpanjangpantasberlari" mengambil masa selama 32 sextillion years untuk dipecahkan jika menggunakan komputer peribadi. Aku sendiri pun tak tahu berapa lamakah sextillion tu.


Yang pasti, password anda mestilah unik, susah untuk diteka oleh sesiapa, dan mudah diingati oleh anda. Perkara ini sering kali diambil mudah oleh ramai orang dan apabila laman sosial atau email diceroboh, baru menyesal tak sudah. Ambillah langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengubah kata laluan jika berasakan password yang digunakan tidak lagi selamat.

Jika tidak, anda boleh menggunakan perisian pengurusan password dan terdapat beberapa pilihan yang boleh digunakan.

KeePass


LastPass



RoboForm