Posts

Showing posts with the label Art and Design

Oh z1000 di sini!

Image
Salam semua. Diharap pada cuti sekolah ni, kita semua berhati-hati di jalan raya terutamanya penunggang motosikal macam aku ni. Maklum sajalah kan, penunggang motosikal antara yang paling tinggi penyumbang kematian di jalan raya, tak kiralah salah sendiri atau salah orang lain tapi kita turut terkena kan. Malas nak membebel pasal tu, sekarang ni aku telah menyiapkan satu lukisan vector, chewah...padahal tracing je pun. Tapi apa pun, aku tetap berusaha keras menyiapkan lukisan tersebut kerana aku minat bangat dengan motor ni. Superbike la katakan. Tambah-tambah lagi dengan z1000 daripada kawasaki macam member aku Adham ni pakai. Memang meleleh la air liur aku tengok. Jeles woooo. Tu baru TENGOK! kalau dapat mahu banjir terus, huh. Lukisan noob yang aku buat ni ada cacat celanya jadi harap maaf la ye. Pro-pro sila beri tunjuk ajar hehehe. Aku budak baru belajar. Klik gambar untuk jadi raksasa

Perfect World

Image
Beberapa bulan lepas, aku ada buat satu lukisan (lukisan konon hehehe, padahal trace je) pasal perfect world (tengok gambar atas). Tapi yang tu tak siap-siap lagi sampai ke hari ni sebab sibuk. Tambah pula program yang aku guna tu tak berapa efisien sangat. Jadi terpaksa belajar guna illustrator celup gak. Bila dah belajar sikit-sikit pasal illustrator ni, rasa macam nak buat ilustrasi apa-apa pun lagi cepat dari guna program dulu (Inkscape). Ecece, macam la pandai sangat nak buat ilustrasi pape kan hehehe. Nak buat satu yang ni pun terhegeh-hegeh nak siapkan.

Yay! Header baru

Image
Setelah dua hari aku berhempas pulas memerah otak dan try and error, akhirnya terhasil jugak banner yang tak seberapa ni. Lama sangat tak update blog, apa salahnya di update dengan entry ni kan hehehe. Banner ni dibuat menggunakan adobe illustrator dan sangat simple designnya. Nak buat yang rumit-rumit lagi nampak canggih gitu tak pandai pulak ye tak, jadi buat setakat yang mampu je la. Jadi jangan malu-malu, sila komen pendapat saudara/saudari pasal header ni, apa yang kurang, apa yang tak sesuai dan sebagainya. Saya insan sentiasa belajar.

Vector pertama untuk game Perfect World

Image
Favorite aku ialah bermain online game. Biasanya MMORPG la. Online game pertama yang aku main dulu ialah Gunbound. Game tembak-tembak naik kereta kebal tu la, macam game Worm World Party (kalau korang pernah main la). Lepas tu game O2Jam, tapi stop lepas seminggu sebab lagu dia terhad sangat. Nak lagu lagi kena beli. Sori la, tak main beli-beli ni, aku nak free. Lepas tu entah macam mana aku boleh jumpa dengan Thang Online ni iaitu pada tahun 2004, bulan berapa tak ingat. Tapi masa tu aku di tingkatan 6. Habis je tingkatan 6, aku masuk UKM. Tapi sanggup lagi tu dari Kolej Dato' Onn aku jalan pergi Pusat Nikah (Pusanika hehehe) semata-mata nak main game ni. Kolej aku tu blok da online game hehehe. Lepas tu dah boring dengan Thang, member perkenalkan dengan PirateKing Online pulak. Punya la addicted sampai buat banyak akaun semata-mata nak jadi kaya (dalam game....haih). Tapi macam biasa la, tak tahan lama, boring. Selepas tu, ada la beberapa game lain yang aku main tapi boleh main...