Posts

Showing posts with the label Inkscape

Vector pertama untuk game Perfect World

Image
Favorite aku ialah bermain online game. Biasanya MMORPG la. Online game pertama yang aku main dulu ialah Gunbound. Game tembak-tembak naik kereta kebal tu la, macam game Worm World Party (kalau korang pernah main la). Lepas tu game O2Jam, tapi stop lepas seminggu sebab lagu dia terhad sangat. Nak lagu lagi kena beli. Sori la, tak main beli-beli ni, aku nak free. Lepas tu entah macam mana aku boleh jumpa dengan Thang Online ni iaitu pada tahun 2004, bulan berapa tak ingat. Tapi masa tu aku di tingkatan 6. Habis je tingkatan 6, aku masuk UKM. Tapi sanggup lagi tu dari Kolej Dato' Onn aku jalan pergi Pusat Nikah (Pusanika hehehe) semata-mata nak main game ni. Kolej aku tu blok da online game hehehe. Lepas tu dah boring dengan Thang, member perkenalkan dengan PirateKing Online pulak. Punya la addicted sampai buat banyak akaun semata-mata nak jadi kaya (dalam game....haih). Tapi macam biasa la, tak tahan lama, boring. Selepas tu, ada la beberapa game lain yang aku main tapi boleh main...

Mari mengenal vector

Image
Vector grafik melibatkan penggunaan titik, bentuk, lengkok, poligon dan pelbagai lagi bagi membentuk imej atau ilustrasi tertentu. Kalau kita tengok logo yang dicipta di mana-mana sahaja, rata-ratanya menggunakan vector. Ini kerana apabila imej tersebut dibesarkan atau dikecilkan, kualiti imej yang dihasilkan tidak terjejas. Vector juga turut digunakan dalam menghasilkan banner, bunting, komik pendek, kartun, banner laman web dan sebagainya. Banner laman web aku ni pun menggunakan perisian vector yang dipanggil Inkscape . Tengok gambar dibawah untuk tahu perbezaan vector dengan raster imej. Inkscape ni merupakan perisian open source, tak perlu bayar untuk digunakan (FREE YAY), berlainan dengan perisian Adobe Ilustrator yang berbayar dan perlu jadi lanun kalau nak guna hehehe. Walaupun perisian ini tidak se-gah dan sehebat Adobe Ilustrator, tapi ia tetap satu perisian yang hebat dan berkuasa jika kita tahu menggunakannya. Jadi apa salahnya kita cuba dengan yang percuma dulu ye ta...