Cara buat print screen [UPDATE]
Jika dulu aku tulis mengenai cara nak buat print screen menggunakan perisian pihak ketiga (3rd party software) di sini , sekarang aku nak kongsi satu perisian print screen tanpa perlu download dan install sebab ia didatangkan bersama Windows 7 (hanya untuk edisi Windows 7 Home Premium, Professional, Ultimate dan Enterprise sahaja) iaitu Snipping Tool . Itu pun jika anda pakai Windows 7 seperti yang disebut. Snipping tool ini terletak di dalam Start Menu yang boleh anda cari iaitu dengan klik pada butang Start > All Programs > Accessories > Snipping Tool .