Thursday, September 30, 2010

Tukar kotak komen Blogger kepada Disqus


Sesetengah orang tak suka dengan sistem komen yang ada pada blogger sehinggakan mereka hanya membaca sesuatu blog tersebut tanpa meninggalkan sebarang komen. Ada yang tak suka sebab sukar untuk mereka mempromote blog mereka secara tak langsung melalui ruangan komen, ada yang tak suka sebab komen blogger terlalu leceh, ada sebab kelihatan tak profesional dan bermacam-macam lagi la.

Disqus ni banyak digunakan di wordpress kerana ia lebih mudah digunakan selain meningkatkan interaksi antara blog komentar. Selain itu pelawat juga boleh meninggalkan komen dengan menggunakan Facebook, Twitter dan juga OpenID. Ini bermakna komen tersebut akan dipaparkan di wall Facebook pengomen yang mengomen. Hehehe. Ini seterusnya membantu meningkatkan lagi kunjungan ke blog. Tengok lagi untuk tahu cara-caranya...


Monday, September 13, 2010

[PERCUMA] 8-Bit Music Composer - Mario Paint Composer


Jika korang lahir dalam tahun 1985 atau sebelumnya, mesti korang pernah main game-game yang bercirikan 8-bit seperti Contra, Mario, Space Invaders, Tetris, Space Harrier 3D, Donkey Kong, Popeye, Megaman, dan bermacam-macam lagi la kan. Konsol game dia tu ada yang dipanggil Famicon, NES, SNES dan sebagainya. Aku pun dah lupa nama konsol yang mak aku beli dulu hehehe.

Nak main game-game dia tu kita kena beli cartridge. Ada jugak orang panggil cartridge ni kaset sebab bentuk dia macam kaset. Dalam cartridge ni la ada macam-macam game. Biasanya setiap cartridge tu ada dalam 10 game. Sekarang pun kat pasaraya masih ada dijual konsol game ni. Aku ingat lagi bapak aku selalu bising kalau aku main game ni lama-lama sebab katanya boleh merosakkan TV. Mungkin betul jugak apa yang dia kata sebab lama-lama lepas tu TV tu hilang warna. Lepas tu dah tak main lagi dah sebab bapak aku beli komputer masa aku darjah 6. Ehem! Termelalut plak.