Monday, November 29, 2010

Perfect World

Beberapa bulan lepas, aku ada buat satu lukisan (lukisan konon hehehe, padahal trace je) pasal perfect world (tengok gambar atas). Tapi yang tu tak siap-siap lagi sampai ke hari ni sebab sibuk. Tambah pula program yang aku guna tu tak berapa efisien sangat. Jadi terpaksa belajar guna illustrator celup gak. Bila dah belajar sikit-sikit pasal illustrator ni, rasa macam nak buat ilustrasi apa-apa pun lagi cepat dari guna program dulu (Inkscape). Ecece, macam la pandai sangat nak buat ilustrasi pape kan hehehe. Nak buat satu yang ni pun terhegeh-hegeh nak siapkan.


Monday, November 1, 2010

Yay! Header baru



Setelah dua hari aku berhempas pulas memerah otak dan try and error, akhirnya terhasil jugak banner yang tak seberapa ni. Lama sangat tak update blog, apa salahnya di update dengan entry ni kan hehehe. Banner ni dibuat menggunakan adobe illustrator dan sangat simple designnya. Nak buat yang rumit-rumit lagi nampak canggih gitu tak pandai pulak ye tak, jadi buat setakat yang mampu je la. Jadi jangan malu-malu, sila komen pendapat saudara/saudari pasal header ni, apa yang kurang, apa yang tak sesuai dan sebagainya. Saya insan sentiasa belajar.