Thursday, January 27, 2011

[PERCUMA] SlimComputer dan SlimCleaner

Dalam majalah PC keluaran bulan ni atau bulan lepas aku tak berapa ingat, tapi ada satu bahagian memaparkan artikel mengenai dua software ini; SlimComputer dan SlimCleaner. Kedua-dua perisian ini adalah PERCUMA!

Mungkin kebanyakan daripada kita lebih selesa menggunakan CCleaner (Percuma) berbanding aplikasi lain yang berbayar untuk melakukan proses pembersihan komputer masing-masing. Ia merupakan salah satu cara yang dapat melajukan komputer kita. Tak dapat dinafikan setiap perisian ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jika terdapat beratus-ratus perisian sekalipun, mungkin hanya satu yang dapat menarik perhatian kita dan ia digunakan semaksima mungkin.