Posts

Showing posts from 2013

Kenapa Kita Memerlukan Dropbox

Image
Apakah Dropbox?

Dropbox merupakan salah satu penyedia perkhidmatan simpanan dalam awan (Cloud Storage Provider). Terdapat banyak penyedia perkhidmatan simpanan dalam awan ini seperti Google Drive, Skydrive, Box, SugarSync, SpiderOak, dan bermacam-macam lagi.

Kesemua perkhidmatan ini mempunyai ruang simpanan yang berlainan. Tapi kali ini aku hanya nak cakap mengenai Dropbox.

Apakah fungsi Dropbox?

Dropbox memudahkan anda menyimpan fail-fail sama ada dokumen, gambar, musik, video dan sebagainya. Mudah macam mana kawan aku tanya? Kat komputer dia pun boleh simpan juga. Sama saja. Tapi kawan-kawan, tak sama aku cakap.

Contoh kata hard disk komputer anda yang menyimpan dokumen-dokumen penting itu rosak dan tidak boleh dibaiki. Rasa-rasa hilang tak fail-fail tu? Boleh dapat balik tak? Kemungkinan nak dapat balik tu tipis kalau hard disk rosak.

Dengan Dropbox, segala fail yang kita masukkan di dalam ni akan sentiasa ada tak kira masa jika komputer kita meletup sekalipun sebab semua fail itu d…

Cara mematikan fungsi Autoplay Media di laman web atau blog

Image
Kadang-kadang, kita rimas. Masuk saja laman web tu, ada lagu. Masuk yang lain pula, ada video. Tak salah laman web tu ada lagu dan video. Itu hak anda sebab itu adalah laman web atau blog anda. Yang merimaskan ialah ia start secara automatik.

Kenapa ia merimaskan?

Tiap kali klik pada sesuatu link atau post, tiap kali itu jugalah video atau lagu start balik.

Tak semua orang ada streamyx, atau unlimited internet, tak ada limit. Ramai juga yang pakai broadband, tak kira la Maxis ke, Celcom ke, Digi ke atau apa sahaja. Data semestinya terhad mengikut pelan yang dilanggan. Sudah pasti fungsi autoplay tersebut kalau boleh hendak dielakkan, bukan?

Jadi, di sini aku hanya akan kongsikan cara untuk mematikan fungsi autoplay ini menggunakan Chrome dan Firefox sahaja.

Chrome

Klik pada butang Customize and control Google Chrome dan klik Settings. (Butang disebelah kanan atas);


Tingkatkan kepantasan dan ketepatan anda menaip

Image
Kadangkala kita iri hati, dengki dengan kawan-kawan atau rakan sekerja yang menaip dengan laju tanpa melihat keapda papan kekunci dan kerja pun cepat siap. Kita pula walaupun dah kerja pejabat bertahun-tahun, tapi masih juga menggunakan dua jari untuk menaip, masih lagi perlu melihat kepada papan kekunci. Di manakaha silap kita?

Kepantasan dan ketepatan. Kedudukan jari ketika menaip memainkan peranan penting bagi kedua-dua faktor ini. Kadangkala kita terfikir, cara macam manakah yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan tahap menaip kita. Caranya ialah dengan menggunakan kesemua 10 jari kita dan dengan latihan yang betul, Insya-Allah, pejam mata pun boleh menaip dengan laju.

Di sini, aku nak kongsikan 4 laman web yang dapat membantu mengubah cara anda menaip seterusnya menjdikan anda antara orang yang otai dalam mengendalikan papan kekunci.

Oh ye, kesemua ini adalah percuma di atas talian dan anda tidak perlu memasang (install) ke dalam komputer anda.

Typingweb

Sesudah anda klik pada b…

E-mail Phishing

Image
Phishing bukanlah satu benda yang baru di alam siber. Sudah banyak kali kita tengok masih ramai pengguna yang terkena dengan perangkap ini.

Apa itu Phishing? Dengan kata mudah, Phishing ini merupakan satu teknik penyamaran (tak kira dalam bentuk email, laman web atau pun ruangan sembang) yang memerangkap pengguna di alam siber.

Mesti anda pernah dapat email daripada pihak bank contohnya Maybank, kononnya akaun anda memerlukan kemaskini itu ini dan meminta anda untuk klik pada link yang diberikan untuk meneruskan proses selanjutnya. Apabila anda klik link yang diberi, anda akan dibawa ke satu laman web yang sama sebijik macam laman web Maybank yang asal (original, sahih, tak tipu). Tetapi sebenarnya laman web yang anda baru saja klik linknya tadi itu adalah laman web yang tipu.

Lihat contoh email yang aku terima daripada "RHB" dibawah.


Sekali pandang, terfikir: "Alamak, kenapa pulak ni". Sekali tengok penghantar email ialah daripada RHB. Macam betul. Tapi dua kali f…

Selamatkah password anda?

Image
Sebelum ini aku pernah ketengahkan satu perisian KeePass iaitu satu perisian yang menguruskan segala macam jenis password yang anda perlukan.

Jika anda tidak pernah menggunakan perisian pengurusan password, cara macam manakah anda menyimpan password? Tulis kat kertas? Letak dalam smartphone? Menggunakan notepad di dalam komputer? Atau macam mana?

Yang pasti bukan satu password saja kan? Facebook, Twitter, Yahoo Mail, Google Mail, Tumblr, Flickr atau forum masing-masing mempunyai password tersendiri kan? Atau pun anda adalah jenis orang yang hanya mempunyai satu password sahaja bagi kesemua laman tersebut? Amatlah tidak digalakkan.

Persoalannya ialah, selamatkah password yang anda gunakan itu?

Tidak susah sebenarnya untuk menghasilkan password yang baik dan selamat. Password seperti "kakiyangpanjangpantasberlari" mengambil masa selama 32 sextillion years untuk dipecahkan jika menggunakan komputer peribadi. Aku sendiri pun tak tahu berapa lamakah sextillion tu.


Yang pasti, pas…

Video Conference: Google+ Hangout

Image
Jika kita cakap mengenai video conference, biasa yang terlintas di fikiran ialah Skype. Tetapi Skype hanya membenarkan seramai 2 orang sahaja untuk membuat panggilan video. Lebih daripada itu memerlukan salah seorang daripada pengguna mempunyai akaun premium. Boleh saja jika mahu membuat penggilan lebih daripada 2 orang, tetapi ia akan secara automatik bertukar daripada video kepada audio sahaja.
Terdapat satu lagi alternatif lain iaitu Google+ Hangout. Perkhidmatan Google+ Hangout ini membolehkan pengguna membuat panggilan video kepada seramai 9 orang (sila betulkan jika silap). Setakat ini saya hanya pernah mencuba seramai 4 orang sahaja.

Jika anda menggunakan Google Chrome, pastikan pelayar web tersebut telah dikemaskini kepada yang terkini. Jika tidak anda perlu memasang plugin yang diperlukan oleh pelayar tersebut untuk memulakan sesi Hangout tersebut.
Bagi mereka yang menggunakan Firefox, adalah dinasihatkan supaya menggunakan pelayar Google Chrome untuk sesi Hangout. Ini keran…

Tips menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti di tempat kerja

Image
1 LANCARKAN PROGRAM DENGAN HANYA SATU KLIK

Jika anda telahpun melancarkan satu perisian sebelum ini misalnya Microsoft Word dan anda mahu buka dokumen yang baru, anda tidak perlu pergi ke All Program > Microsoft Office > Microsoft Office Word. Anda hanya perlu tekan Shift dan klik pada dokumen yang telah anda buka tadi untuk melancarkan dokumen baru. Itu sahaja!

2 MELANCARKAN APLIKASI DENGAN CEPAT

Untuk memilih aplikasi-aplikasi yang telah dibuka di taskbar dengan cepat, anda hanya perlu tekan kekunci Windows di keyboard anda (jangan lepaskan) dan kemudian tekan mana-mana nombor dibahagian atas keyboard anda sahaja.



3  TUKAR APLIKASI SAMA DENGAN CEPAT

Untuk tukar antara aplikasi yang sama dengan cepat, anda hanya perlu tekan Ctrl (jangan dilepaskan) dan klik ikon aplikasi tersebut sahaja. Contohnya, terdapat 3 folder yang telah dibuka dan anda boleh menggunakan cara ini untuk memilih folder yang hendak dipaparkan.



Menghalang perisian daripada mengakses internet menggunakan Windows Firewall

Image
Sedar atau tidak kebanyakan perisian yang kita pasang di komputer memerlukan internet untuk memeriksa sama ada terdapat kemas kini bagi perisian tersebut atau sebaliknya. Terdapat juga perisian yang kita pasang misalnya, secara sembunyi menggunakan akses internet untuk menghantar data peribadi yang tersimpan di dalam komputer ke mana-mana laman atau destinasi yang telah diprogramkan.

Setelah mengenalpasti perisian-perisian yang mengakses internet tanpa pengetahuan atau pun anda curiga dengan sesuatu perisian yang dipasang, dan anda mahu menyekat akses internet terhadap perisian tersebut, anda boleh menggunakan Windows Firewall yang memang sedia ada di dalam salinan windows masing-masing.

Mulakan Windows Firewall dengan klik pada butang Start dan taip wf.msc pada ruangan Search programs and files dan kemudian tekan Enter.


Satu tetingkap baru akan muncul dan anda dapat melihat beberapa pilihan iaitu Inbound Rules, Outbound Rules dan juga Connection Security Rules.

Apa yang perlu anda bu…

Cara buat print screen [UPDATE]

Image
Jika dulu aku tulis mengenai cara nak buat print screen menggunakan perisian pihak ketiga (3rd party software) di sini, sekarang aku nak kongsi satu perisian print screen tanpa perlu download dan install sebab ia didatangkan bersama Windows 7 (hanya untuk edisi Windows 7 Home Premium, Professional, Ultimate dan Enterprise sahaja) iaitu Snipping Tool. Itu pun jika anda pakai Windows 7 seperti yang disebut.

Snipping tool ini terletak di dalam Start Menu yang boleh anda cari iaitu dengan klik pada butang Start > All Programs > Accessories > Snipping Tool.


Cara menukar Folder View

Image
Terdapat 2 cara bagaimana untuk kita tukar keadaan/susunan  folder kita.

Perkara yang biasa kita buat ialah dengan klik kanan pada mana-mana ruangan kosong di dalam mana-mana folder kemudian memilih beberapa pilihan yang diberikan sama ada extra large icons, large icons, medium icons, small icons, list, details, tiles, mahupun content. Setiap satu daripada pilihan ini memberikan gambaran atau keadaan yang berlainan bagi folder anda.



Satu cara lagi ialah dengan menekan butang Change your view atau More options yang terdapat pada sebelah atas kanan folder anda.