Tingkatkan kepantasan dan ketepatan anda menaip
Kadangkala kita iri hati, dengki dengan kawan-kawan atau rakan sekerja yang menaip dengan laju tanpa melihat keapda papan kekunci dan kerja pun cepat siap. Kita pula walaupun dah kerja pejabat bertahun-tahun, tapi masih juga menggunakan dua jari untuk menaip, masih lagi perlu melihat kepada papan kekunci. Di manakaha silap kita?
Kepantasan dan ketepatan. Kedudukan jari ketika menaip memainkan peranan penting bagi kedua-dua faktor ini. Kadangkala kita terfikir, cara macam manakah yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan tahap menaip kita. Caranya ialah dengan menggunakan kesemua 10 jari kita dan dengan latihan yang betul, Insya-Allah, pejam mata pun boleh menaip dengan laju.
Di sini, aku nak kongsikan 4 laman web yang dapat membantu mengubah cara anda menaip seterusnya menjdikan anda antara orang yang otai dalam mengendalikan papan kekunci.
Oh ye, kesemua ini adalah percuma di atas talian dan anda tidak perlu memasang (install) ke dalam komputer anda.
Typingweb
Sesudah anda klik pada butang Start Typing, anda akan diminta untuk membuat akaun bagi tujuan menyimpan prestasi anda dalam latihan menaip yang akan dimulakan sebentar lagi.
Anda boleh memilih untuk tidak mendaftar tetapi progres anda tidak akan disimpan. Pilihan anda.
Terdapat beberapa level untuk anda belajar kembali cara menaip dengan betul bermula dengan level Beginner, Intermediate, dan juga Advanced.
Disarankan anda bermula dengan Beginner Course terlebih dahulu. Bermula dari asas. Klik start pada Beginner Course untuk bermula.
Anda akan ditunjukkan cara betul kedudukan jari anda di atas papan kekunci dan mulakan latihan dengan Bismillah.
Klik Begin Lesson untuk memulakan latihan.
Latihan ini tidak mengambil masa yang lama dan latihan yang berulang setiap hari dapat membantu anda membetulkan kembali cara anda menaip.
Touch Typing Study
Laman web ini lebih menyerupai typing web di atas. Ia bermula dengan latihan asas dan dengan setiap latihan dilengkapkan, anda boleh meneruskan latihan ke tahap seterusnya. Atau ulang sekiranya perlu.
Laman web ini juga mempunyai Speed Test. Anda dapat mengetahui kelajuan anda menaip melalui pautan ini. Anda akan diminta untuk menaip ayat-ayat yang telah disediakan secepat mungkin dan anda akan mengetahui keputusannya.
Jika anda bosan membuat latihan yang disediakan itu, laman web ini juga menyediakan permainan. Sebanyak 4 permainan disediakan dan setiap permainan tersebut mempunyai tahap-tahapnya yang tersendiri.
Keybr
Laman web ini tidak memerlukan anda mendaftar sebaliknya boleh terus menggunakan aplikasi yang disediakan.

Namun, tidak seperti laman typingweb yang mempunyai latihan asas yang bermula dengan dua jari, laman web ini terus memulakan latihan dengan menggunakan 10 jari anda. Andai anda sudah boleh menggunakan kesemua jari anda, bolehlah menggunakan laman web ini untuk berlatih melajukan lagi proses menaip menggunakan 10 jari anda.
Permainan yang disediakan lebih banyak daripada yang disediakan oleh Touch Typing Study. Latihan menaip juga mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu sasaran. Sasarannya bermula daripada 5 perkataan per minit sehinggalah 60 perkataan per minit.
Jika anda pernah meminta kerja pejabat, biasanya untuk data entry, pernah kan anda lihat kelayakan menaip yang diperlukan seperti 60 WPM (60 Words Per Minute) dan sebagainya. Jadi, berapa perkataan seminit yang anda dapat taip?