Friday, March 29, 2013

Tips menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti di tempat kerja



1 LANCARKAN PROGRAM DENGAN HANYA SATU KLIK

Jika anda telahpun melancarkan satu perisian sebelum ini misalnya Microsoft Word dan anda mahu buka dokumen yang baru, anda tidak perlu pergi ke All Program > Microsoft Office > Microsoft Office Word. Anda hanya perlu tekan Shift dan klik pada dokumen yang telah anda buka tadi untuk melancarkan dokumen baru. Itu sahaja!

2 MELANCARKAN APLIKASI DENGAN CEPAT

Untuk memilih aplikasi-aplikasi yang telah dibuka di taskbar dengan cepat, anda hanya perlu tekan kekunci Windows di keyboard anda (jangan lepaskan) dan kemudian tekan mana-mana nombor dibahagian atas keyboard anda sahaja.



3  TUKAR APLIKASI SAMA DENGAN CEPAT

Untuk tukar antara aplikasi yang sama dengan cepat, anda hanya perlu tekan Ctrl (jangan dilepaskan) dan klik ikon aplikasi tersebut sahaja. Contohnya, terdapat 3 folder yang telah dibuka dan anda boleh menggunakan cara ini untuk memilih folder yang hendak dipaparkan.



Tuesday, March 26, 2013

Menghalang perisian daripada mengakses internet menggunakan Windows Firewall

Sedar atau tidak kebanyakan perisian yang kita pasang di komputer memerlukan internet untuk memeriksa sama ada terdapat kemas kini bagi perisian tersebut atau sebaliknya. Terdapat juga perisian yang kita pasang misalnya, secara sembunyi menggunakan akses internet untuk menghantar data peribadi yang tersimpan di dalam komputer ke mana-mana laman atau destinasi yang telah diprogramkan.

Setelah mengenalpasti perisian-perisian yang mengakses internet tanpa pengetahuan atau pun anda curiga dengan sesuatu perisian yang dipasang, dan anda mahu menyekat akses internet terhadap perisian tersebut, anda boleh menggunakan Windows Firewall yang memang sedia ada di dalam salinan windows masing-masing.

Mulakan Windows Firewall dengan klik pada butang Start dan taip wf.msc pada ruangan Search programs and files dan kemudian tekan Enter.


Satu tetingkap baru akan muncul dan anda dapat melihat beberapa pilihan iaitu Inbound Rules, Outbound Rules dan juga Connection Security Rules.

Apa yang perlu anda buat ialah klik kanan pada Outbound Rules dan klik New Rule.


Monday, March 25, 2013

UPDATE - Cara buat print screen

Jika dulu aku tulis mengenai cara nak buat print screen menggunakan perisian pihak ketiga (3rd party software) di sini, sekarang aku nak kongsi satu perisian print screen tanpa perlu download dan install sebab ia didatangkan bersama Windows 7 (hanya untuk edisi Windows 7 Home Premium, Professional, Ultimate dan Enterprise sahaja) iaitu Snipping Tool. Itu pun jika anda pakai Windows 7 seperti yang disebut.

Snipping tool ini terletak di dalam Start Menu yang boleh anda cari iaitu dengan klik pada butang Start > All Programs > Accessories > Snipping Tool.


Sunday, March 24, 2013

Cara menukar Folder View

Terdapat 2 cara bagaimana untuk kita tukar keadaan/susunan  folder kita.

Perkara yang biasa kita buat ialah dengan klik kanan pada mana-mana ruangan kosong di dalam mana-mana folder kemudian memilih beberapa pilihan yang diberikan sama ada extra large icons, large icons, medium icons, small icons, list, details, tiles, mahupun content. Setiap satu daripada pilihan ini memberikan gambaran atau keadaan yang berlainan bagi folder anda.



Satu cara lagi ialah dengan menekan butang Change your view atau More options yang terdapat pada sebelah atas kanan folder anda.