Cara buat print screen [UPDATE]

Jika dulu aku tulis mengenai cara nak buat print screen menggunakan perisian pihak ketiga (3rd party software) di sini, sekarang aku nak kongsi satu perisian print screen tanpa perlu download dan install sebab ia didatangkan bersama Windows 7 (hanya untuk edisi Windows 7 Home Premium, Professional, Ultimate dan Enterprise sahaja) iaitu Snipping Tool. Itu pun jika anda pakai Windows 7 seperti yang disebut.

Snipping tool ini terletak di dalam Start Menu yang boleh anda cari iaitu dengan klik pada butang Start > All Programs > Accessories > Snipping Tool.



Atau cara lain ialah dengan klik pada butang Start dan di bahagian Search programs and files itu hanya taip snip. Selepas itu klik pada Snipping tool untuk memulakan perisian tersebut.



Setelah perisian ini dimulakan, paparan berikut akan dipaparkan dan anda sudah boleh mula membuat print screen yang anda inginkan.


Print Screen ini amat berguna bagi mereka-mereka yang inginkan kepantasan dalam melakukan sebarang kerja yang melibatkan proses ini.

Sebagai contoh, anda hanya mahukan sebahagian daripada data di dalam excel untuk di hantar kepada rakan sekerja di dalam email, anda boleh menggunakan perisian ini untuk memudahkan kerja anda. Hanya mulakan perisian, tekan New dan mula memilih bahagian yang diperlukan. Itu sahaja. Apabila selesai, ia akan secara automatik memaparkan pilihan anda dan anda sekarang mempunyai 2 pilihan:

Pilihan pertama ialah anda boleh simpan (save) sesi print screen yang anda baru sahaja buat untuk rujukan masa hadapan atau;

Pilihan kedua ialah anda boleh terus menampalkan (paste) apa yang anda baru print screen ke dalam email atau pun di dalam sebarang aplikasi microsoft office tanpa simpan terlebih dahulu sebab ia telah disimpan di dalam clipboard (err Insya-Allah akan dijelaskan di dalam entri yang lain). Hanya tekan New, pilih sasaran dan terus tampal di dalam email atau di mana sahaja yang diperlukan.

Tapi macam mana pula dengan mereka yang tidak mempunyai Snipping tool ini? Terdapat alternatif lain yang boleh digunakan untuk membuat print screen seperti perisian Greenshot ataupun Gadwin Print Screen. Tetapi memerlukan anda download dan memasang perisian tersebut.

Bagi pengguna Windows XP pula, anda boleh mencuba perisian ini.

Most Popular!

Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut

OneDrive dan Kelebihannya

ShowDesktop icon hilang?