[PERCUMA] Cara membuat Print Screen
Apa gunanya print screen ni?
Print Screen ni banyak gunanya, ada yang guna untuk buat tutorial, ada yang guna untuk ambil gambar game yang kita main, ada juga untuk tunjukkan masalah komputer yang kita hadapi kepada rakan yang lebih tahu mengenainya, dan ada juga digunakan untuk mengambil maklumat dalam sesuatu laman web. Jadi apa gunanya copy paste jika kita dapat ambil gambar kn?
Terdapat dua cara untuk kita menggunakan fungsi ini iaitu cara senang dan cara tak berapa senang hehehe.
Cara 1: Menggunakan windows Paint
Cara 2: Menggunakan perisian Print Screen
Dan macam-macam jenis lagi la yang kita boleh buat. Anda bagaimana?
Nota: Walaupun cara 2 itu kelihatan lebih rumit dan panjang, sebenarnya, cara 2 lagi mudah digunakan. Jadi saya syorkan kita sama-sama guna cara 2 tu ok? Alright.

- Mula-mula sekali pastikan apa yang kita hendak ambil gambar tu, samada gambar desktop kita ke, gambar laman web ke atau gambar awek cun ke hehehe.
- Perkara pertama sekali anda perlu buat apabila dah dapat apa yang anda nak ialah tekan PRINT SCREEN di keyboard anda.
- Lepas tu buka la windows paint anda melalui Start > All Programs > Accessories > Paint
- ATAU, paint boleh dicapai melalui Start > Run > taip "mspaint" tanpa " ".
- Pergi kat Edit > Paste. Apa yang anda Print Screen tadi telah ditampalkan di paint tersebut.
- Lepas tu save la dalam bentuk JPG di mana-mana yang anda kehendaki.
Cara 2: Menggunakan perisian Print Screen
- Terdapat banyak perisian Print Screen yang percuma boleh anda dapatkan. Antaranya ialah Gadwin PrintScreen. Download yang freeware, jangan download yang professional kerana ia berbayar.
- Lepas install, ubah setting PrintScreen tu terlebih dahulu dengan right click ikon Gadwin PrintScreen > ambil properties.
- Di bahagian Preferences, anda boleh pilih sama ada hendak program ini run pada startup atau pun tidak. Hotkey tu biarkan yang asal.
- Di bahagian Source pula, anda boleh pilih sama ada gambar yang anda nak ambil tu Full Screen ke, Current Window ke, Client Window ke atau pun Rectangular Area. Biasa saya pilih Full Screen je.
- Destination pula memaparkan di mana gambar yang anda tangkap tu di simpan. Kalau boleh biarkan begitu saja dan kosongkan ruangan "Copy captured area to clipboard".
- Seterusnya yang paling penting ialah Image. Tukarkan "Type of Image" tu kepada JPEG. Ini kerana JPEG lebih sesuai untuk gambar-gambar macam ni. Itu sahaja.
- Cuba la tekan PrintScreen (PrintScrn) di keyboard tu. Lepas tu crop la part-part mana yang kita kehendaki.
Lowyat.net |
Kartun FUUUUUU |
Show off Internet Speed? hehehe |
Status FB yang menarik? |
Dan macam-macam jenis lagi la yang kita boleh buat. Anda bagaimana?
Nota: Walaupun cara 2 itu kelihatan lebih rumit dan panjang, sebenarnya, cara 2 lagi mudah digunakan. Jadi saya syorkan kita sama-sama guna cara 2 tu ok? Alright.
Comments
Post a Comment