Tips membuat carian di Google

Ramai di antara kita yang menggunakan google sebagai search engine utama kan? Tapi tahukah kita berapa banyak fungsi google ini ada? Apabila kita mencari sesuatu artikel atau gambar atau apa sahaja di internet, adakah kita taip apa yang ada di fikiran ataupun kawal apa yang kita hendak? Contohnya, kita hendak cari lagu Final Countdown. Adakah kita taip "final countdown.mp3 free download"? Atau pun tidak.  Jadi di sini ada beberapa tips yang dapat kita gunakan dengan semaksima mungkin supaya apa yang kita cari itu senang dijumpai.


  • intitle:index.of? mp3 ayumi
Contoh di atas ini jika anda ingin cari mp3 ayumi. Hanya letak line yang macam tu dalam kotak search cik google tu dan anda akan dapat banyak mp3 ayumi yang boleh di download. Jika anda ingin cari video clip, tukar saja 'mp3' tu kepada 'mpg' atau 'avi'. Atau pun anda boleh juga buat macam ni: "intitle:mp3 ayumi". Ia lebih kurang saja tapi tak sama.
  • site:4shared.com ayumi
Bagi contoh di atas, kita mengehadkan apa yang kita hendak cari kepada satu laman web sahaja iaitu 4shared.com dan seterusnya nama penyanyi tersebut (4shared.com merupakan satu laman web perkongsian fail). Boleh juga meletakkan tajuk lagu jika kita ingat dan itu yang kita inginkan. Itu jika kita ingin mendapatkan lagu la.

 

Bagaimana pula jika kita ingin mendapatkan sesuatu dokumen ataupun penulisan? Scribd.com merupakan satu laman yang baik untuk kita cari. Contoh yang saya bagi:
  •  modal insan site:scribd.com

Daripada contoh di atas, keputusan pencarian memaparkan mengenai modal insan di laman scribd.com. Mudah sahaja kan.

Google juga boleh mencari fail jenis PDF. Contohnya:
  • internet filetype:pdf
Daripada carian di atas, kita akan mendapat keputusan carian mengenai internet dalam bentuk pdf. Jadi, bermacam-macam e-book boleh kita cari berdasarkan cara ini, menarik bukan?

Leceh menggunakan windows calculator? Jangan gusar sebab cik Google ini bijak bestari kerana dilengkapi dengan fungsi kalkulator. Hanya taip nombor-nombor yang anda kehendaki disertakan dengan operasi (tambah tolak darab bahagi) dan tekan ENTER. Anda terus dapat keputusannya.

Lebih kurang dengan kalkulator saintifik, cik Google juga bijak dalam menukarkan satu nilai kepada nilai yang lain. Contohnya, kita hendak tahu berapakah nilai 10,000 Yen jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia? Hanya taip sahaja seperti di bawah maka anda akan dapat nilainya.
  • Convert 10000 yen to ringgit

Credit: http://www.wolf-howl.com/google/google-search-tricks-tips-and-hints/

Comments

Most Popular!

Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut

OneDrive dan Kelebihannya

Cara menukar Folder View