Mari mengenal vector

Vector grafik melibatkan penggunaan titik, bentuk, lengkok, poligon dan pelbagai lagi bagi membentuk imej atau ilustrasi tertentu. Kalau kita tengok logo yang dicipta di mana-mana sahaja, rata-ratanya menggunakan vector. Ini kerana apabila imej tersebut dibesarkan atau dikecilkan, kualiti imej yang dihasilkan tidak terjejas. Vector juga turut digunakan dalam menghasilkan banner, bunting, komik pendek, kartun, banner laman web dan sebagainya. Banner laman web aku ni pun menggunakan perisian vector yang dipanggil Inkscape. Tengok gambar dibawah untuk tahu perbezaan vector dengan raster imej.


Inkscape ni merupakan perisian open source, tak perlu bayar untuk digunakan (FREE YAY), berlainan dengan perisian Adobe Ilustrator yang berbayar dan perlu jadi lanun kalau nak guna hehehe. Walaupun perisian ini tidak se-gah dan sehebat Adobe Ilustrator, tapi ia tetap satu perisian yang hebat dan berkuasa jika kita tahu menggunakannya. Jadi apa salahnya kita cuba dengan yang percuma dulu ye tak?

Inkscape boleh download di sini

Tekan Read More jika ingin tengok apa yang aku buat. Tapi sori la ye, tak cantik pun hehehe. Maklum la baru belajar.




Gambar di atas ni aku tiru dari http://diwan-e-ayyari.blogspot.com/2008/03/how-to-create-valentines-day-hearts.html



Ni aku buat masa boring, tapi tak kreatif sangat, nak tambah pe lagi pun tak tahu. Last-last biar gitu je.


Yang ni aku buat cincai-cincai je. Tak lawa pun ahahaha. Kalau nak tahu lagi macam mana ilustrasi vector ni, taip je vector kat google, tekan image. Berlambak-lambak imej vector. Tambahan lagi, banyak tutorial mengenai Inkscape ni yang boleh kita cari dan boleh dikatakan semuanya berkualiti tinggi. Tapi kalau nak menghasilkan imej yang hebat, pastikan keupayaan PC / Laptop kita tu hebat la jugak ye. Jadi tunggu apa lagi? Cuba la sekarang dan cuba hasilkan gambar / ilustrasi yang lagi gempak, ok? Alright.

Comments

Most Popular!

Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut

OneDrive dan Kelebihannya

ShowDesktop icon hilang?