Celcom Broadband selalu putus?

Kepada yang masih terputus-putus connection apabila melayari internet dengan Celcom Broadband, di sini ada cara bagaimana kita nak bagi dia ok. Cara dia mudah sahaja, bergantung kepada jenis modem. Cara dibawah menggunakan modem jenis CSL 3.5G.
  • Setting > Connection Settings > Add New Profile. Isikan seperti dibawah:
  • Profile Name: Celcom Malaysia.
  • Dial Number: *99#.
  • APN: celcom3g
  • (NOTA: Di bahagian APN tu, pastukan semuanya rapat-rapat dan tiada huruf besar)
  • Tekan Ok.
  • Click Profile yang baru kita buat tu, tekan "Set Default".
  • Kemudian tekan Ok. Cuba la buat connection.



    Cara lain ialah dengan memasang terlebih dahulu perisian yang datang bersama dengan modem tersebut. Kemudian pergi ke Start > Control Panel > Network Connections. Sepatutnya terdapat satu profile untuk Dial-up connection di sini. Dalam kes ini ialah Celcom Malaysia. Jadi hanya masukkan *99# dalam ruangan "Phone Number" dan tekan Ok. Walaupun menggunakan modem yang berlainan, cara dia lebih kurang sama sahaja.

    Comments

    Most Popular!

    Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut

    OneDrive dan Kelebihannya

    Cara menukar Folder View