Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut
Pernah tak korang terkena dengan satu virus yang telah menukarkan fail dan folder kepada shortcut dan korang tak boleh akses langsung file tersebut? Virus ini biasanya menyerang external media seperti pendrive dan external hard disk. Apa yang berlaku ialah virus ini menyembunyikan fail/folder yang asal dan membuat salinan (duplicate) kepada fail yang kita ada tu.
Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah periksa saiz external media (contohnya pendrive) kita tersebut. Jika masih sama seperti sebelumnya (sebelum dijangkiti virus), ini bermakna fail asal kita masih ada dalam pendrive tersebut. Jadi kita telah tahu bahawa fail kita masih ada memandangkan sebahagian daripada ruang dalam pendrive kita itu telah digunakan. Tapi macam mana nak dapat balik fail kita tu?
KEMAS KINI: Gambar disertakan
Terdapat dua cara bagaimana kita nak dapat balik fail yang telah disembunyikan.
Cara 1:
Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah periksa saiz external media (contohnya pendrive) kita tersebut. Jika masih sama seperti sebelumnya (sebelum dijangkiti virus), ini bermakna fail asal kita masih ada dalam pendrive tersebut. Jadi kita telah tahu bahawa fail kita masih ada memandangkan sebahagian daripada ruang dalam pendrive kita itu telah digunakan. Tapi macam mana nak dapat balik fail kita tu?
KEMAS KINI: Gambar disertakan
Terdapat dua cara bagaimana kita nak dapat balik fail yang telah disembunyikan.
Cara 1:
- (Windows XP) Start > Control Panel > Folder Options > View > pilih "Show hidden files and folders" dan Uncheck/kosongkan ruangan "Hide protected operating system files (Recommended)". Tekan Apply. (Windows 7) Bagi Windows 7 pula ialah buka My Computer, tekan Organize dan pilih Folder and search options.
![]() |
Tekan Organize dan klik Folder and search options |
![]() |
Klik Show hidden files, folders and drives dan kosongkan ruang Hide protected operating system files (Recommended) |
![]() |
Mesej berikut akan dipaparkan dan klik Yes. Seterusnya tekan Apply dan Ok |
- Seterusnya pergi ke pendrive kita, korang sepatutnya nampak fail/folder yang asal termasuklah virus tu sekali (kalau kita belum delete virus lagi la).
- Delete virus tersebut bersama dengan shortcut yang ada. Kemudian buatkan satu folder baru dan pindahkan data yang berada dalam hidden folder tersebut ke dalam folder yang baru kita buat tersebut.
- Bila dah siap, delete hidden folder tersebut.
- Buka Task Manager dan periksa sama ada masih terdapat lagi atau pun tidak virus tersebut di dalam sistem. Jika ada sila right click virus tersebut dan tekan "End Task".
- Ambil perhatian nama virus tersebut dan buat satu search atas nama virus itu. Delete semua virus yang ada.
- Apabila semua proses telah selesai, kembali ke Control Panel > Folder Options > View > pilih "Do Not show hidden files and folders" dan tick kembali ruangan "Hide protected operating system files (Recommended)". Tekan Apply.
- Pastikan dulu fail asal kita itu telah disembunyikan oleh virus. Jika pasti teruskan:
- Start > Run > taip "attrib -h -r -s /s /d h:\*.*" tanpa " " dan tekan ENTER.
- (PERHATIAN: sila ubah 'h' tu kepada drive korang. Tapi bukan yang '-h' tu, tapi yang belakang sekali. Kalau pendrive kita tu e, ubah kepada e).
- Bila dah siap, periksa kembali pendrive korang, sepatutnya fail/folder yang disembunyikan itu kembali kepada asal.
Kemaskini untuk cara 2:
Post ni dah lama, tapi mungkin ada pengguna yang keliru untuk membuat cara 2 ini. Cara lainnya ialah dengan membuka perisian Command Prompt.
- Bagi pengguna Windows 7, klik Start > taip cmd pada ruangan Search programs and files kemudian tekan Enter. Satu tetingkap baru akan muncul.
- Pastikan destinasi pendrive atau external hard disk anda. Partition C kebiasaannya adalah untuk sistem operasi windows dan perisian, pendrive atau external anda mungkin adalah E, F, G atau lain-lain. Aku bagi contoh external aku ialah L.
- Taip "l:" (tanpa " ") dan tekan Enter.
- Kemudian taip "attrib -h -r -s /s /d" (tanpa " ") dan tekan Enter. Proses akan berjalan dan folder yang disembunyikan akan dikembalikan pada asal.
- Setahu aku, virus ini hanya menyerang pendrive atau external hard disk sahaja, ia tidak menyerang komputer atau laptop yang digunakan.
- Jika telah selesai, taip exit dan tekan Enter untuk keluar daripada perisian ini.
Command Prompt |