Posts

Showing posts from April, 2013

Video Conference: Google+ Hangout

Image
Jika kita cakap mengenai video conference, biasa yang terlintas di fikiran ialah Skype. Tetapi Skype hanya membenarkan seramai 2 orang sahaja untuk membuat panggilan video. Lebih daripada itu memerlukan salah seorang daripada pengguna mempunyai akaun premium. Boleh saja jika mahu membuat penggilan lebih daripada 2 orang, tetapi ia akan secara automatik bertukar daripada video kepada audio sahaja.
Terdapat satu lagi alternatif lain iaitu Google+ Hangout. Perkhidmatan Google+ Hangout ini membolehkan pengguna membuat panggilan video kepada seramai 9 orang (sila betulkan jika silap). Setakat ini saya hanya pernah mencuba seramai 4 orang sahaja.

Jika anda menggunakan Google Chrome, pastikan pelayar web tersebut telah dikemaskini kepada yang terkini. Jika tidak anda perlu memasang plugin yang diperlukan oleh pelayar tersebut untuk memulakan sesi Hangout tersebut.
Bagi mereka yang menggunakan Firefox, adalah dinasihatkan supaya menggunakan pelayar Google Chrome untuk sesi Hangout. Ini keran…