ShowDesktop icon hilang?


Boleh dikatakan sesetengah orang tahu apa Show Desktop (tunjuk desktop) ikon ni dan boleh dikatakan juga, setengah lagi tu tak tahu pun apa Show Desktop ikon ni. Tah-tah wujud ke tak ye. Hehehe. Show Desktop ni biasanya ada dekat Quick Launch (lancar cepat hehehe) dan ia muncul hanya jika kita enable kan fungsi quick launch tu. Apa yang ikon ni buat ialah dengan sekali klik je, semua tetingkap yang kita buka akan di minimize dan terpaparlah desktop kita yang cun melecun tu.

Yang aku tahu, ikon ni hilang sebab kita pandai-pandai delete. Maklum la, apa barang banyak ikon dekat quick link tu kan? Lagi sikit, lagi syok. Hehehe ye ke? Tapi tahu tak quick launch tu kat mana? Sebelah butang Start tu je. Tak jumpa? Jom la kita bagi dia ada kat situ dengan klik kanan mana-mana tempat di taskbar tu, kemudian pilih toolbar dan seterusnya pilih Quick Launch. Dah nampak kan? Klik Read More untuk dapat balik ikon Show Desktop tu jika hilang.





Tapi ada caranya untuk kita kembalikan ikon ini. Cara-caranya:
  • Start > Run > taip "Notepad" tanpa " ".
  • Copy paste code kat bawah ni ke dalam notepad korang.
CODE
[Shell]
Command=2
IconFile=explorer.exe,3
[Taskbar]
Command=ToggleDesktop


  • Kemudian, save la notepad tersebut di desktop korang sebagai Show Desktop.scf

  • Maka, hasilnya ialah

Psstt: Korang boleh juga tekan kekunci Windows + D sebagai alternatif lain kalau tak mahu guna Show Desktop ikon ni. Kekunci Windows tu kat mana? Ala, yang ikon dia macam tingkap tu di keyboard, di antara Ctrl dan Alt pada sebelah kiri keyboard kita tu la.. Dah jumpa? Bagus!.

Comments

Most Popular!

Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut

OneDrive dan Kelebihannya