Kenapa Kita Memerlukan Dropbox



Apakah Dropbox?

Dropbox merupakan salah satu penyedia perkhidmatan simpanan dalam awan (Cloud Storage Provider). Terdapat banyak penyedia perkhidmatan simpanan dalam awan ini seperti Google Drive, Skydrive, Box, SugarSync, SpiderOak, dan bermacam-macam lagi.

Kesemua perkhidmatan ini mempunyai ruang simpanan yang berlainan. Tapi kali ini aku hanya nak cakap mengenai Dropbox.

Apakah fungsi Dropbox?

Dropbox memudahkan anda menyimpan fail-fail sama ada dokumen, gambar, musik, video dan sebagainya. Mudah macam mana kawan aku tanya? Kat komputer dia pun boleh simpan juga. Sama saja. Tapi kawan-kawan, tak sama aku cakap.

Contoh kata hard disk komputer anda yang menyimpan dokumen-dokumen penting itu rosak dan tidak boleh dibaiki. Rasa-rasa hilang tak fail-fail tu? Boleh dapat balik tak? Kemungkinan nak dapat balik tu tipis kalau hard disk rosak.

Dengan Dropbox, segala fail yang kita masukkan di dalam ni akan sentiasa ada tak kira masa jika komputer kita meletup sekalipun sebab semua fail itu disimpan di Internet.

Yang mudahnya dengan Dropbox ni, kita bukan saja boleh install di lain-lain komputer, tetapi boleh juga install di smartphone. Semua fail yang ada dalam dropbox tu akan dikemaskini serta merta. Dropbox juga memudahkan kita berkongsi apa-apa fail atau folder kepada kawan-kawan yang memerlukan.




Dropbox untuk kegunaan peribadi

Secara peribadi, aku guna Dropbox ni untuk simpan fail-fail penting seperti Database KeePass, Portable Apps, gambar-gambar melalui fungsi Camera Upload, dan bermacam-macam lagi . Macam mana kita mengoptimumkan penggunaan Dropbox ini bergantung kepada diri kita sendiri.

Dropbox untuk kegunaan pejabat

Jika sebelum ini, untuk berkongsi apa-apa fail seperti minit mesyuarat, dokumen power point, imej grafik dan sebagainya memerlukan kita berjumpa dengan tuan punya kepada fail-fail tersebut sambil membawa pendrive. Tetapi dengan Dropbox ini, hanya letak sahaja fail di dalam folder Dropbox dan semua orang akan mendapat fail tersebut tanpa perlu membazir masa. Dengan syarat semua orang perlu install Dropbox di komputer masing-masing menggunakan satu akaun.

Ruang storan Dropbox

Dropbox menawarkan 2GB ruang storan untuk digunakan pada awalnya. Tetapi jangan gusar kerana anda dapat menambah ruang tersebut melalui beberapa cara seperti di bawah:


Anda boleh mendapat ruang sehingga 16GB jika anda merekomenkan Dropbox ini kepada kawan-kawan anda.

Cara menggunakan Dropbox

Terlebih dahulu, anda perlu ke laman web Dropbox untuk mula membuat akaun baru. Sesudah itu, muat turun perisian Dropbox melalui laman web Dropbox dan kemudian install di dalam komputer anda.

Setelah selesai memasang Dropbox, anda akan dapati terdapat satu ikon pada bahagian taskbar.



Anda juga sudah boleh mula meletakkan fail di dalam folder Dropbox yang telah dicipta tadi.


Ataupun jika komputer yang anda gunakan tidak mempunyai aplikasi Dropbox dan anda tidak mahu memasangnya, anda boleh mengakses Dropbox melalui laman web.


Most Popular!

Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut

OneDrive dan Kelebihannya

Cara menukar Folder View