Tips menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti di tempat kerja
1 LANCARKAN PROGRAM DENGAN HANYA SATU KLIK
Jika anda telahpun melancarkan satu perisian sebelum ini misalnya Microsoft Word dan anda mahu buka dokumen yang baru, anda tidak perlu pergi ke All Program > Microsoft Office > Microsoft Office Word. Anda hanya perlu tekan Shift dan klik pada dokumen yang telah anda buka tadi untuk melancarkan dokumen baru. Itu sahaja!
2 MELANCARKAN APLIKASI DENGAN CEPAT
Untuk memilih aplikasi-aplikasi yang telah dibuka di taskbar dengan cepat, anda hanya perlu tekan kekunci Windows di keyboard anda (jangan lepaskan) dan kemudian tekan mana-mana nombor dibahagian atas keyboard anda sahaja.
3 TUKAR APLIKASI SAMA DENGAN CEPAT
Untuk tukar antara aplikasi yang sama dengan cepat, anda hanya perlu tekan Ctrl (jangan dilepaskan) dan klik ikon aplikasi tersebut sahaja. Contohnya, terdapat 3 folder yang telah dibuka dan anda boleh menggunakan cara ini untuk memilih folder yang hendak dipaparkan.
4 GUNAKAN LIVE PREVIEW
Jika anda bekerja dengan menggunakan beberapa aplikasi sama misalnya Microsoft Word ataupun Excel, gerak kerja anda akan menjadi perlahan jika tidak menggunakan Live Preview. Anda hanya perlu letak cursor mouse anda di tempat ikon aplikasi tersebut dan kemudian akan keluar paparan semua aplikasi yang telah anda buka untuk memudahkan anda memilihnya.
5 KEYBOARD SHORTCUT BAGI TASKBAR
Andai kata komputer anda tidak dapat menggunakan mouse, macam mana anda hendak memilih aplikasi-aplikasi yang telah dibuka di taskbar anda? Anda hanya perlu tekan kekunci Windows dan tekan T untuk memilih taskbar. Kemudian gunakanlah kekunci Arrow untuk memilih aplikasi yang dikehendaki.
6 GUNAKAN PANEL PREVIEW DI DALAM EXPLORER
Cara ini dapat menjimatkan banyak masa anda jika anda berhadapan dengan beratus-ratus atau mungkin beribu dokumen yang hendak dicari di dalam komputer anda. Melalui cara ini, anda dapat melihat kandungan dokumen yang dipilih tanpa perlu dibuka. Caranya ialah dengan buka mana-mana folder, klik pada Organize, pilih Layout dan kemudian klik pada Preview Pane.
7 CARA CEPAT MENGAKSES COMMAND PROMPT
Selain daripada cara biasa yang kita gunakan iaitu klik Start, taip cmd dan tekan Enter; ataupun tekan kekunci Windows dan tekan R, kemudian taip cmd dan tekan Enter; terdapat satu lagi cara mudah untuk membuka aplikasi ini.
Caranya ialah dengan tekan kekunci Shift dan kemudian klik kanan pada mana-mana ruang kosong sama ada di desktop ataupun di dalam mana-mana folder, kemudian pilih "Open command window here".