Cara menukar Folder View

Terdapat 2 cara bagaimana untuk kita tukar keadaan/susunan  folder kita.

Perkara yang biasa kita buat ialah dengan klik kanan pada mana-mana ruangan kosong di dalam mana-mana folder kemudian memilih beberapa pilihan yang diberikan sama ada extra large icons, large icons, medium icons, small icons, list, details, tiles, mahupun content. Setiap satu daripada pilihan ini memberikan gambaran atau keadaan yang berlainan bagi folder anda.



Satu cara lagi ialah dengan menekan butang Change your view atau More options yang terdapat pada sebelah atas kanan folder anda.



Walau bagaimanapun, dengan menggunakan mana-mana cara ini, keadaan folder itu tidak kekal seperti yang kita mahukan. Mungkin sekarang jika kita tukar folder itu kepada bentuk list, jika kita restart kembali komputer tersebut, keadaan folder akan berubah menjadi default ataupun keadaan asal.

Sesetengah orang menyukai keadaan asal seperti mana mula-mula beli dahulu. Beli dulu macam tu, macam tu la juga dia nak.

Sesetengah orang pula rasa semak, buka folder koleksi movie saja, semua video dalam bentuk thumbnail. Bagi komputer yang tak berapa laju, keadaan ini sedikit sebanyak melembapkan proses komputer kerana semua movie tersebut mahu dipaparkan dalam bentuk thumbnail.

Cuba eksperimen sendiri keadaan yang bagaimanakah yang kita lebih suka. Senang untuk kita cari apa-apa folder yang diperlukan. Adakah kita lebih suka dalam bentuk detail? Ataupun dalam bentuk tiles? Ataupun content? Setiap satu mempunyai penggemarnya yang tersendiri dan ia bersebab.

Sekiranya sudah menetapkan pilihan yang paling disukai, apa yang perlu anda buat supaya pilihan itu kekal  ialah dengan klik pada Organize dan seterusnya pilih Folder and search options.


Anda akan dapati terdapat 3 tab iaitu General, View dan Search.

Klik pada View.

Langkah terakhir ialah dengan menekan butang Apply to folders. Ini akan membuatkan kesemua folder yang berada di dalam komputer anda menukar cara kita lihat folder seperti yang ditetapkan. Jika kita menetapkan folder tersebut kepada List, maka semua folder tak kira ia berada di bahagian mana akan berubah kepada List juga.


Selamat mencuba!

Most Popular!

Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut

OneDrive dan Kelebihannya

ShowDesktop icon hilang?