Menghalang perisian daripada mengakses internet menggunakan Windows Firewall
Sedar atau tidak kebanyakan perisian yang kita pasang di komputer memerlukan internet untuk memeriksa sama ada terdapat kemas kini bagi perisian tersebut atau sebaliknya. Terdapat juga perisian yang kita pasang misalnya, secara sembunyi menggunakan akses internet untuk menghantar data peribadi yang tersimpan di dalam komputer ke mana-mana laman atau destinasi yang telah diprogramkan.
Setelah mengenalpasti perisian-perisian yang mengakses internet tanpa pengetahuan atau pun anda curiga dengan sesuatu perisian yang dipasang, dan anda mahu menyekat akses internet terhadap perisian tersebut, anda boleh menggunakan Windows Firewall yang memang sedia ada di dalam salinan windows masing-masing.
Mulakan Windows Firewall dengan klik pada butang Start dan taip wf.msc pada ruangan Search programs and files dan kemudian tekan Enter.
Satu tetingkap baru akan muncul dan anda dapat melihat beberapa pilihan iaitu Inbound Rules, Outbound Rules dan juga Connection Security Rules.
Apa yang perlu anda buat ialah klik kanan pada Outbound Rules dan klik New Rule.
Pastikan Rule Type dipilih kepada Program seperti gambar dibawah dan kemudian tekan Next.
Di sini, anda perlu tekan butang Browse untuk mencari program yang anda ingin sekat akses internet. Sebagai contoh anda mahu menyekat perisian Windows Media Player daripada mengakses internet, jadi anda perlu mencari lokasi perisian tersebut berada dan seterusnya tekan Next.
Anda perlu memastikan pilihan Block the connection terpilih kerana kita hendak menyekat akses bagi perisian tersebut. Kemudian tekan Next.
Di sini anda tekan Next sahaja, tak perlu ubah apa-apa.
Anda akan dapati hasilnya lebih kurang seperti di bawah.
Perisian tersebut tidak lagi dapat mengakses internet kerana telah disekat oleh Windows Firewall ini. Pastikan anda betul-betul tahu perisian apa yang hendak disekat terlebih dahulu sebelum melakukan proses ini!

Hampir siap! Letakkan nama kepada perisian tersebut supaya senang anda tahu perisian manakah yang anda sekat di dalam Windows Firewall ini dan kemudian tekan Finish.