SlimComputer dan SlimCleaner
Dalam majalah PC keluaran bulan ni atau bulan lepas aku tak berapa ingat, tapi ada satu bahagian memaparkan artikel mengenai dua software ini; SlimComputer dan SlimCleaner. Kedua-dua perisian ini adalah PERCUMA!
Mungkin kebanyakan daripada kita lebih selesa menggunakan CCleaner (Percuma) berbanding aplikasi lain yang berbayar untuk melakukan proses pembersihan komputer masing-masing. Ia merupakan salah satu cara yang dapat melajukan komputer kita. Tak dapat dinafikan setiap perisian ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jika terdapat beratus-ratus perisian sekalipun, mungkin hanya satu yang dapat menarik perhatian kita dan ia digunakan semaksima mungkin.
1. SlimComputer
Apa yang menarik pada perisian ini ialah pada paparan utamanya seperti di atas. Terdapat empat (4) benda yang akan diperiksa pada komputer iaitu Applications, Toolbars, Startup Items, dan Shortcuts. Apa yang pentingnya pada 4 benda ni?
Perisian ini akan memeriksa dan membuang semua Applications, Toolbars, Startup Items, dan Shortcuts yang dirasakan tidak perlu untuk komputer kita. Ini bertujuan menjadikan komputer kita lebih pantas kerana benda-benda yang tidak perlu boleh membebankan komputer kita.
Aku ambil satu contoh "Startup Items". Startup items tu program-program yang dijalankan secara automatik apabila komputer dihidupkan. Tempat letaknya startup items ni ialah pada bahagian bawah disebelah kanan skrin komputer, sebelah jam. Kita sendiri pun boleh tengok berapa banyak yang ada di situ.
Contohnya, komputer hanya memerlukan 3-4 item sahaja di situ yang memang kita tak boleh buang seperti antivirus, program sound, dan grafik. Tetapi apabila kita install sesuatu program, sesetengah perisian menetapkan program tu supaya dijalankan automatik apabila komputer dihidupkan. TAK SEMUA perisian yang kita install perlu dijalankan secara automatik apabila komputer dihidupkan (Yea, ayat ulang lagi!).
Boleh dimuat turun di sini. (Download start automatically)
2. SlimCleaner
Antaramukanya sama saja dengan SlimComputer. Mungkin sebab ia dari syarikat yang sama. Fungsi utama perisian ini sama saja dengan CCleaner, jika korang pernah guna la. Ia bertindak mencuci segala fail-fail sampah disamping membersihkan windows history dan internet history.
Bagi aku, perisian ni sama je dengan CCleaner. Sesiapa yang belum cuba lagi samada CCleaner mahupun SlimCleaner ni, bolehlah cuba, tengok mana yang lebih sesuai dan lebih baik untuk kita.
Boleh dimuat turun di sini.
Psst: Aku lebih suka dengan CCleaner daripada SlimCleaner ni. Korang bagaimana? =)

Antaramuka SlimComputer |

Yeah! Tak de |
2. SlimCleaner
Antaramuka SlimCleaner |