Posts

Showing posts from June, 2013

Tingkatkan kepantasan dan ketepatan anda menaip

Image
Kadangkala kita iri hati, dengki dengan kawan-kawan atau rakan sekerja yang menaip dengan laju tanpa melihat keapda papan kekunci dan kerja pun cepat siap. Kita pula walaupun dah kerja pejabat bertahun-tahun, tapi masih juga menggunakan dua jari untuk menaip, masih lagi perlu melihat kepada papan kekunci. Di manakaha silap kita? Kepantasan dan ketepatan . Kedudukan jari ketika menaip memainkan peranan penting bagi kedua-dua faktor ini. Kadangkala kita terfikir, cara macam manakah yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan tahap menaip kita. Caranya ialah dengan menggunakan kesemua 10 jari kita dan dengan latihan yang betul, Insya-Allah, pejam mata pun boleh menaip dengan laju. Di sini, aku nak kongsikan 4 laman web yang dapat membantu mengubah cara anda menaip seterusnya menjdikan anda antara orang yang otai dalam mengendalikan papan kekunci. Oh ye, kesemua ini adalah percuma di atas talian dan anda tidak perlu memasang (install) ke dalam komputer anda. Typingweb Sesudah anda

E-mail Phishing

Image
Phishing bukanlah satu benda yang baru di alam siber. Sudah banyak kali kita tengok masih ramai pengguna yang terkena dengan perangkap ini. Apa itu Phishing ? Dengan kata mudah, Phishing ini merupakan satu teknik penyamaran (tak kira dalam bentuk email, laman web atau pun ruangan sembang) yang memerangkap pengguna di alam siber. Mesti anda pernah dapat email daripada pihak bank contohnya Maybank, kononnya akaun anda memerlukan kemaskini itu ini dan meminta anda untuk klik pada link yang diberikan untuk meneruskan proses selanjutnya. Apabila anda klik link yang diberi, anda akan dibawa ke satu laman web yang sama sebijik macam laman web Maybank yang asal (original, sahih, tak tipu). Tetapi sebenarnya laman web yang anda baru saja klik link nya tadi itu adalah laman web yang tipu. Lihat contoh email yang aku terima daripada "RHB" dibawah. Sekali pandang, terfikir: "Alamak, kenapa pulak ni". Sekali tengok penghantar email ialah daripada RHB. Macam betul. Tap

Selamatkah password anda?

Image
Sebelum ini aku pernah ketengahkan satu perisian KeePass iaitu satu perisian yang menguruskan segala macam jenis password yang anda perlukan. Jika anda tidak pernah menggunakan perisian pengurusan password , cara macam manakah anda menyimpan password ? Tulis kat kertas? Letak dalam smartphone ? Menggunakan notepad di dalam komputer? Atau macam mana? Yang pasti bukan satu password saja kan? Facebook, Twitter, Yahoo Mail, Google Mail, Tumblr, Flickr atau forum masing-masing mempunyai password tersendiri kan? Atau pun anda adalah jenis orang yang hanya mempunyai satu password sahaja bagi kesemua laman tersebut? Amatlah tidak digalakkan. Persoalannya ialah, selamatkah password yang anda gunakan itu? Tidak susah sebenarnya untuk menghasilkan password yang baik dan selamat. Password seperti "kakiyangpanjangpantasberlari" mengambil masa selama 32 sextillion years untuk dipecahkan jika menggunakan komputer peribadi. Aku sendiri pun tak tahu berapa lamakah sextillion tu.