Posts

Showing posts from July, 2013

Kenapa Kita Memerlukan Dropbox

Image
Apakah Dropbox? Dropbox merupakan salah satu penyedia perkhidmatan simpanan dalam awan (Cloud Storage Provider). Terdapat banyak penyedia perkhidmatan simpanan dalam awan ini seperti Google Drive, Skydrive, Box, SugarSync, SpiderOak, dan bermacam-macam lagi. Kesemua perkhidmatan ini mempunyai ruang simpanan yang berlainan. Tapi kali ini aku hanya nak cakap mengenai Dropbox. Apakah fungsi Dropbox? Dropbox memudahkan anda menyimpan fail-fail sama ada dokumen, gambar, musik, video dan sebagainya. Mudah macam mana kawan aku tanya? Kat komputer dia pun boleh simpan juga. Sama saja. Tapi kawan-kawan, tak sama aku cakap. Contoh kata hard disk komputer anda yang menyimpan dokumen-dokumen penting itu rosak dan tidak boleh dibaiki. Rasa-rasa hilang tak fail-fail tu? Boleh dapat balik tak? Kemungkinan nak dapat balik tu tipis kalau hard disk rosak. Dengan Dropbox, segala fail yang kita masukkan di dalam ni akan sentiasa ada tak kira masa jika komputer kita meletup sekalipun sebab se

Cara mematikan fungsi Autoplay Media di laman web atau blog

Image
Kadang-kadang, kita rimas. Masuk saja laman web tu, ada lagu. Masuk yang lain pula, ada video. Tak salah laman web tu ada lagu dan video. Itu hak anda sebab itu adalah laman web atau blog anda. Yang merimaskan ialah ia start secara automatik. Kenapa ia merimaskan? Tiap kali klik pada sesuatu link atau post , tiap kali itu jugalah video atau lagu start balik. Tak semua orang ada streamyx , atau unlimited internet , tak ada limit. Ramai juga yang pakai broadband , tak kira la Maxis ke, Celcom ke, Digi ke atau apa sahaja. Data semestinya terhad mengikut pelan yang dilanggan. Sudah pasti fungsi autoplay tersebut kalau boleh hendak dielakkan, bukan? Jadi, di sini aku hanya akan kongsikan cara untuk mematikan fungsi autoplay ini menggunakan Chrome dan Firefox sahaja. Chrome Klik pada butang Customize and control Google Chrome dan klik Settings . (Butang disebelah kanan atas);