Posts

Showing posts from July, 2010

Cara-cara nak elak format PC setiap minggu

Berapa lama PC korang boleh tahan daripada di format? Seminggu? Sebulan? Setahun? Kalau dulu, boleh dikatakan setiap minggu aku format PC aku semata-mata untuk test software, windows dan macam-macam lagi. Tapi itu kes lain la. Biasanya korang format PC sebab apa? Ada sebab menternak virus, ada sebab system rosak, ada sebab slow sangat (padahal install banyak program) dan macam-macam sebab lagi kan. Jadi macam mana nak elakkan PC kita tu daripada kena format tiap minggu (dengan kata lain, kerap sangat)? Di sini aku nak kongsi beberapa tip yang boleh membantu kita mengelakkan benda ni daripada terjadi. Tapi kalau nak jadi jugak nak buat macam mana ye tak hehehe.

Macam mana nak tahu Antivirus kita berfungsi?

Image
EICAR merupakan sejenis test file untuk antivirus.Macam pellik pulak test file untuk antivirus. Tapi test file ni hanya nak test antivirus kita tu berfungsi ataupun tidak. Jadi macam mana kita nak tahu? Bila kita dah create file ni, kita save je, pasti antivirus tu terus kesan file ni sebagai virus (kononnya la) dan terus delete. Tapi mana testnya ye tak? Macam mana nak buat? Untuk buat EICAR test file ni, kita perlu...

[PERCUMA] KeePass

Image
Kalau korang tak tahu KeePass ni ape, KeePass ni penyimpan password korang la. Apa gunanya penyimpan password ni? Cuba bayangkan korang ada akaun emel yahoo, gmail dan hotmail. Semua pulak pakai password lain-lain. Tambah lagi akaun Facebook, Twitter, forum-forum, online game, online survey, dan macam-macam lagi. Korang akan ingat ke semua tu? Melainkan korang pakai password yang sama untuk semua atau pun tulis dalam buku ataupun simpan dalam handphone yang mana adalah teramat risky. Kalau semuanya pakai password yang sama dan ada orang dapat satu password tu, habisla kamu hehehe.

Absolutely Hidden Folder

Folder tersembunyi. Mesti semua orang tau macam mana nak buat hidden folder kan. Maklum la, ada fail-fail yang kita tak mahu dilihat oleh orang lain atas sebab-sebab tertentu. Tapi hidden folder pun, tetap ada tulisan dia kan. Orang kata filename. Boleh tak korang hilangkan filename tu sekali? Caranya ialah buat satu folder baru (mana-mana folder yang lama pun boleh jugak), rename folder tersebut dan tekan ALT+255. Filename tersebut hilang serta merta dan kita telah dapat satu folder yang tidak bernama. Digabungkan dengan fungsi hidden folder, kita dapat satu folder yang hidden sepenuhnya. Tapi korang kena ingat la letak kat mana folder ni, kang tak jumpa terus. Untuk pengguna laptop, sila pastikan tekan butang Fn+ALT dan diikuti dengan nombor tersebut. Nombor tu bukan yang melintang kat atas keyboard tu ye, tapi yang sebelah kanan keyboard tu. Kalau tak, tak jadi la. Dah jadi belum? Cuba la.

[PERCUMA] Autorun Killer

Autorun. Satu virus yang cukup menyakitkan hati, tambah-tambah lagi dengan kesilapan kita sendiri pergi cucuk mana-mana tempat, lepas tu main bukak je kat komputer sendiri. Maka jadilah penternak berjaya, ye tak. Kat sini aku nak kongsi 2 jenis tools yang dapat membantutkan virus ni. Satu daripada tools ni adalah remover dan satu lagi tu bertindak sebagai pemberi imunisasi kepada pendrive/external kita.

Macam mana nak buat Windows XP laju?

Image
Terdapat beberapa senarai yang boleh buat windows XP kita laju, tapi tidaklah semua yang ada dalam senarai tersebut baik untuk semua PC sebab setiap PC tak sama. Mungkin tip ini baik untuk PC A, tapi mungkin jugak tip ni tak ok untuk PC B. Tapi di sini, aku letak la beberapa tip yang aku rekomen jika nak lajukan PC / Laptop kita tu. Jika berminat, sila teruskan dengan hati-hati (orang puteh kata please proceed with cautions hehehe).