Macam mana nak buat Windows XP laju?
Terdapat beberapa senarai yang boleh buat windows XP kita laju, tapi tidaklah semua yang ada dalam senarai tersebut baik untuk semua PC sebab setiap PC tak sama. Mungkin tip ini baik untuk PC A, tapi mungkin jugak tip ni tak ok untuk PC B.
Tapi di sini, aku letak la beberapa tip yang aku rekomen jika nak lajukan PC / Laptop kita tu. Jika berminat, sila teruskan dengan hati-hati (orang puteh kata please proceed with cautions hehehe).
FREE UP STARTUP ITEMS
Kita mula dengan benda basic je dulu. Paling ringkas nak cakap ialah semakin banyak program dekat startup tu, semakin perlahan la komputer kita. Tapi kat mane startup tu? Startup tu sebelah je dengan jam kat desktop kita tu.
Contoh gambar tu kita boleh kira berapa program yang running kan. Ada dua cara untuk kita matikan program-program ni.
1. Pakai CCleaner - boleh download kat Download CCleaner from FileHippo.com
2. Guna MSCONFIG
Psst: Rekomen pakai CCleaner, banyak fungsi ada kat program ni.
OPTIMISE DISPLAY SETTINGS
Bagi sesiapa yang tidak terlalu mementingkan penampilan windows mereka, tips ini mungkin berguna untuk anda.
Psst: Kalau rasa tak nak semua tu pun boleh, tinggalkan kosong je semua petak. Jadi la macam windows 98 dulu (kalau korang sempat la dengan windows 98).
REMOVE DESKTOP BACKGROUND
Ramai di antara kita yang suka letak gambar background yang cantik, menarik dan macam-macam lagi. Tapi dengan menggunakan wallpaper ni dah makan memory kita tu. Kalau nak lagi jimat boleh la dibuang wallpaper tersebut. Kalau tak nak pun tak pe, tak paksa ye tak hehe. Kalau nak buang, cara-cara dia:
IMPROVE SWAPFILE PERFORMANCE
Kalau komputer kita ada lebih daripada 256MB RAM, tip ni dapat meningkatkan lagi prestasi PC kita. Ia memastikan PC kita tu guna semua memory yang ada sebelum ia guna swap file.
Cara dia pun senang je:
SPEED UP FOLDER BROWSING
Kadang-kadang bila kita bukak My Computer misalnya, perasan tak dia macam lambat sikit nak keluar. Ini kerana PC kita secara sengaja mencari network file and printers setiap kali kita bukak Windows Explorer. Nak kasi laju sikit cara dia:
MAKE YOUR MENUS LOAD FASTER
Untuk tip ni, aku rekomen pakai TweakUI sebab lebih selamat dan praktikal. Cara yang satu lagi tu melibatkan pengubahan registry dan bagi aku, lebih baik jangan main-main dengan registry.
Boleh download kat Download Tweak UI from FileHippo.com
Nota: Ini sahaja yang aku nak kongsikan. Banyak lagi tip dia kalau korang nk, tapi bagi aku cukup la yang ni. Yang lain tu aku tak rekomen sebab melibatkan registry dan juga boleh memudaratkan. Memang boleh melajukan, tapi iklan TV kata, "Kelajuan membunuh". jadi kita ambil iktibar daripada tu ok, ahahaha.
Taken and modified from http://pcsplace.com/windows-xp/tips-to-speed-up-your-computer/

- Bila dah download/install CCleaner, pergi dekat Tools > Startup dan anda akan nampak senarai startup program yang run dalam komputer kita.
- Sebelum tu, kita kena tahu dulu mane yang boleh kita matikan program dia semasa startup dan mane yang patut kita biarkan.
- Semua yang ada C:\WINDOWS tu biarkan je, sebab semua tu file windows. Mana-mana yang ada C:\Program Files tu boleh dimatikan, tapi kena tengok dulu la apa program dia tu. Yang berkaitan dengan antivirus, sound, display atau yang penting-penting tu jangan la dimatikan. Kalau setakat winamp agent ke, atau program yang kita install, pastikan uncheck/untick/kosongkan bahagian "Run XX program when the computer starts" supaya tak crowded sangat startup tu.
- Dengan itu, insya-Allah lajulah komputer kita masuk windows ye tak.
2. Guna MSCONFIG
- MSCONFIG ni boleh dicapai dengan pergi ke Start > Run > taip "msconfig" tanpa " " > Enter
- Bila dah bukak window msconfig tu (System Configuration Utility), pergi bahagian Startup.
- Cara dia sama jugak dengan CCleaner tadi, pilih mana-mana program yang tak perlu run masa windows start, kosongkan kotak dia tu. Tekan Apply, restart komputer dan siap.
Psst: Rekomen pakai CCleaner, banyak fungsi ada kat program ni.
OPTIMISE DISPLAY SETTINGS
Bagi sesiapa yang tidak terlalu mementingkan penampilan windows mereka, tips ini mungkin berguna untuk anda.
- Apa yang perlu anda buat ialah Right Click My Computer, ambil Properties.
- Lepas tu, ambil Advanced. Di bawah tab Advanced ni, tengok bahagian Performance, klik setting.
- Di bawah tab Visual Effect, pastikan hanya yang berikut ditandakan:
- Show shadows under menus
- Show shadows under mouse pointer
- Show translucent selection rectangle
- Use drop shadows for icons labels on the desktop
- Use visual styles on windows and buttons
- Bila dah siap, tekan Ok sampai habis.
Psst: Kalau rasa tak nak semua tu pun boleh, tinggalkan kosong je semua petak. Jadi la macam windows 98 dulu (kalau korang sempat la dengan windows 98).
REMOVE DESKTOP BACKGROUND
Ramai di antara kita yang suka letak gambar background yang cantik, menarik dan macam-macam lagi. Tapi dengan menggunakan wallpaper ni dah makan memory kita tu. Kalau nak lagi jimat boleh la dibuang wallpaper tersebut. Kalau tak nak pun tak pe, tak paksa ye tak hehe. Kalau nak buang, cara-cara dia:
- Right click kat desktop, ambil properties.
- Pergi kat tab Desktop.
- Bahagian Background window tu pilih None. Lepas tu click Ok.
IMPROVE SWAPFILE PERFORMANCE
Kalau komputer kita ada lebih daripada 256MB RAM, tip ni dapat meningkatkan lagi prestasi PC kita. Ia memastikan PC kita tu guna semua memory yang ada sebelum ia guna swap file.
Cara dia pun senang je:
- Click Start > Run > taip "msconfig" tanpa " ".
- Pergi ke tab System.ini
- Tengok yang dia tulis 386enh > klik [+]
- Pastikan anda klik 386enh tu. Lepas tu tekan New, letak dalam tu "ConservativewapfileUsage=1" tanpa " ".
- Lepas tu klik Ok dan restart.
SPEED UP FOLDER BROWSING
Kadang-kadang bila kita bukak My Computer misalnya, perasan tak dia macam lambat sikit nak keluar. Ini kerana PC kita secara sengaja mencari network file and printers setiap kali kita bukak Windows Explorer. Nak kasi laju sikit cara dia:
- Buka My Computer > klik Tools > Folder Options > View
- Kosongkan kotak "Automatically search for network folders and printers"
- Klik Apply > Ok > Restart.
MAKE YOUR MENUS LOAD FASTER
Untuk tip ni, aku rekomen pakai TweakUI sebab lebih selamat dan praktikal. Cara yang satu lagi tu melibatkan pengubahan registry dan bagi aku, lebih baik jangan main-main dengan registry.
Boleh download kat Download Tweak UI from FileHippo.com
- Cara dia: Klik 1 kali sahaja dekat bahagian Mouse.
- Sebelah kanan tu dah nampak dia tulis "Menu Speed" kan. Jadi ubahla kat situ nak laju ke, nk perlahan ke. Terpulang pada masing-masing. Klik ok dan siap. Senang kan? Berapa klik je tu.
Nota: Ini sahaja yang aku nak kongsikan. Banyak lagi tip dia kalau korang nk, tapi bagi aku cukup la yang ni. Yang lain tu aku tak rekomen sebab melibatkan registry dan juga boleh memudaratkan. Memang boleh melajukan, tapi iklan TV kata, "Kelajuan membunuh". jadi kita ambil iktibar daripada tu ok, ahahaha.
Taken and modified from http://pcsplace.com/windows-xp/tips-to-speed-up-your-computer/
Comments
Post a Comment