[PERCUMA] Autorun Killer

Autorun. Satu virus yang cukup menyakitkan hati, tambah-tambah lagi dengan kesilapan kita sendiri pergi cucuk mana-mana tempat, lepas tu main bukak je kat komputer sendiri. Maka jadilah penternak berjaya, ye tak.

Kat sini aku nak kongsi 2 jenis tools yang dapat membantutkan virus ni. Satu daripada tools ni adalah remover dan satu lagi tu bertindak sebagai pemberi imunisasi kepada pendrive/external kita.



1. VGUARD

Program ni dah lama, aku guna masa study lagi. Sangat efektif terhadap virus autorun dan beberapa jenis virus lain. Macam yang aku kata tadi, program ni bukanlah antivirus tapi hanyalah remover. Jadi janganlah sebab pakai VGuard ni tak pakai antivirus pulak, masih kena pakai.

Program ni akan detect dan delete secara automatik virus autorun jika kita cucuk je pendrive/external ke PC. Lepas dia dah delete tu, periksa balik pendrive/external tu, ada lagi tak file yang mencurigakan (biasanya di "hide" kan). Jadi delete la kalau ada.

Download di sini.


2. FLASH DISINFECTOR

Selain membuang virus yang dikenali, flash disinfector ni akan buat satu folder dalam semua media (pendrive/external) yang bersambung dengan PC iaitu autorun.inf. Tujuan folder ini dicipta ialah untuk melindungi pendrive/external kita daripada dijangkiti oleh autorun lagi jika dicucuk pada PC yang ada virus tersebut. Bagus jugak kan?

Boleh download di sini.

Comments

Most Popular!

Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut

OneDrive dan Kelebihannya

Cara menukar Folder View