[PERCUMA] KeePass

Kalau korang tak tahu KeePass ni ape, KeePass ni penyimpan password korang la. Apa gunanya penyimpan password ni? Cuba bayangkan korang ada akaun emel yahoo, gmail dan hotmail. Semua pulak pakai password lain-lain. Tambah lagi akaun Facebook, Twitter, forum-forum, online game, online survey, dan macam-macam lagi. Korang akan ingat ke semua tu? Melainkan korang pakai password yang sama untuk semua atau pun tulis dalam buku ataupun simpan dalam handphone yang mana adalah teramat risky. Kalau semuanya pakai password yang sama dan ada orang dapat satu password tu, habisla kamu hehehe.



Jadi kenapa kena guna software ni?
  • Boleh simpan banyak-banyak password. (Password Manager)
  • Boleh generate password yang rumit dan panjang. (Password Generator)
  • Ada password groups
  • Macam-macam lagi la
Software ni dah lama aku guna, sangat berbaloi-baloi. Kalau kita guna software ni, kita perlu ingat satu password sahaja iaitu MASTER password. Master password ni kita kena ingat la sebab tanpa password ni, tak dapat masuk la kita ke database penyimpan password tu.


Bila kita dah buat Master password tu, satu fail akan dicipta iaitu "database.kdb". File inilah yang menyimpan segala password yang kita buat. Jadi senanglah kita nk transfer file ni ke mana-mana PC. Terdapat lima kategori yang boleh kita letak maklumat di dalamnya iaitu Windows, Network, Internet, Email dan Homebanking. Jadi letak password dalam kategori yang sepatutnya la, nanti tercari-cari pulak.

Cara nak guna:
  • Pilih kategori password dulu, dekat mana kita nak simpan password tu.
  • Lepas tu klik Add Entry. Letak la apa nak letak dekat Title tu, tak ade masalah. Username tu username yang kita nak buat dekat mane-mana la, email ke contohnya.
  • Tengoh bahagian password, dia sudah siap ciptakan untuk kita. Kalau nak tengok macam mana rupa password dia buat tu, klik yang de bulat 3 biji tu. Agak-agak susah ke senang nak ingat tu? Senang ke orang nak hack masuk?
  • URL tu letak la URL site yang kita nak masuk. Contoh kalau untuk email google, letak mail.google.com je pun boleh. Tak de masalah.
  • Lepas tu tekan ok je la. Maka sudah siap la penyimpanan password kita yang pertama.
  • Jadi macam mana nak guna password tu? Tak kan la nak kena taip kan. Tak pun, right click je yang kita sudah siap create tu, ambil copy password. Paste je la dekat ruangan password site yang kita nak masuk tu. Username boleh taip sendiri kan. Kalau tak nak, pun boleh copy jugak. Jadi apa yang susahnya kan.
    Software ni boleh dapat dekat http://keepass.info/download.html


    Oitt: Kalau ada kekurangan harap maap la, aku tak pro hehehe.

    Comments

    Most Popular!

    Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut

    OneDrive dan Kelebihannya

    Cara menukar Folder View