Posts

Showing posts from August, 2010

Vector pertama untuk game Perfect World

Image
Favorite aku ialah bermain online game. Biasanya MMORPG la. Online game pertama yang aku main dulu ialah Gunbound. Game tembak-tembak naik kereta kebal tu la, macam game Worm World Party (kalau korang pernah main la). Lepas tu game O2Jam, tapi stop lepas seminggu sebab lagu dia terhad sangat. Nak lagu lagi kena beli. Sori la, tak main beli-beli ni, aku nak free. Lepas tu entah macam mana aku boleh jumpa dengan Thang Online ni iaitu pada tahun 2004, bulan berapa tak ingat. Tapi masa tu aku di tingkatan 6. Habis je tingkatan 6, aku masuk UKM. Tapi sanggup lagi tu dari Kolej Dato' Onn aku jalan pergi Pusat Nikah (Pusanika hehehe) semata-mata nak main game ni. Kolej aku tu blok da online game hehehe. Lepas tu dah boring dengan Thang, member perkenalkan dengan PirateKing Online pulak. Punya la addicted sampai buat banyak akaun semata-mata nak jadi kaya (dalam game....haih). Tapi macam biasa la, tak tahan lama, boring. Selepas tu, ada la beberapa game lain yang aku main tapi boleh main

ShowDesktop icon hilang?

Image
Boleh dikatakan sesetengah orang tahu apa Show Desktop (tunjuk desktop) ikon ni dan boleh dikatakan juga, setengah lagi tu tak tahu pun apa Show Desktop ikon ni. Tah-tah wujud ke tak ye. Hehehe. Show Desktop ni biasanya ada dekat Quick Launch (lancar cepat hehehe) dan ia muncul hanya jika kita enable kan fungsi quick launch tu. Apa yang ikon ni buat ialah dengan sekali klik je, semua tetingkap yang kita buka akan di minimize dan terpaparlah desktop kita yang cun melecun tu. Yang aku tahu, ikon ni hilang sebab kita pandai-pandai delete. Maklum la, apa barang banyak ikon dekat quick link tu kan? Lagi sikit, lagi syok. Hehehe ye ke? Tapi tahu tak quick launch tu kat mana? Sebelah butang Start tu je. Tak jumpa? Jom la kita bagi dia ada kat situ dengan klik kanan mana-mana tempat di taskbar tu, kemudian pilih toolbar dan seterusnya pilih Quick Launch. Dah nampak kan? Klik Read More untuk dapat balik ikon Show Desktop tu jika hilang.

Unlocker

Image
Sepanjang kita guna komputer, mesti pernah kita jumpa dengan mesej-mesej seperti: "File access denied." "File in use. Please try again later." "Can't delete a file: Access is denied." "Cannot delete file: The file is in use by other program." Sesetengah fail tetap tidak dapat dibuang walaupun selepas komputer direstart. Tetapi kenapa ini terjadi? Windows buat macam ni bertujuan melindungi fail tersebut daripada rosak ataupun juga merosakkan sistem operasi (windows la). Dalam kes lain, ada juga virus-virus yang tak dapat dibuang secara biasa kerana ia telah berada dalam sistem dan sedang dijalankan. Walaupun begitu, windows ini bukanlah sempurna, ada juga masalahnya di mana fail-fail yang biasa seperti mp3, gambar dan juga video (AVI) tak dapat dibuang.

Celcom Broadband selalu putus?

Image
Kepada yang masih terputus-putus connection apabila melayari internet dengan Celcom Broadband, di sini ada cara bagaimana kita nak bagi dia ok. Cara dia mudah sahaja, bergantung kepada jenis modem. Cara dibawah menggunakan modem jenis CSL 3.5G. Setting > Connection Settings > Add New Profile. Isikan seperti dibawah: Profile Name : Celcom Malaysia . Dial Number: *99# . APN: celcom3g ( NOTA: Di bahagian APN tu, pastukan semuanya rapat-rapat dan tiada huruf besar) Tekan Ok. Click Profile yang baru kita buat tu, tekan "Set Default". Kemudian tekan Ok. Cuba la buat connection.

Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut

Image
Pernah tak korang terkena dengan satu virus yang telah menukarkan fail dan folder kepada shortcut dan korang tak boleh akses langsung file tersebut? Virus ini biasanya menyerang external media seperti pendrive dan external hard disk. Apa yang berlaku ialah virus ini menyembunyikan fail/folder yang asal dan membuat salinan (duplicate) kepada fail yang kita ada tu. Perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah periksa saiz external media (contohnya pendrive) kita tersebut. Jika masih sama seperti sebelumnya (sebelum dijangkiti virus), ini bermakna fail asal kita masih ada dalam pendrive tersebut. Jadi kita telah tahu bahawa fail kita masih ada memandangkan sebahagian daripada ruang dalam pendrive kita itu telah digunakan. Tapi macam mana nak dapat balik fail kita tu?

Mari mengenal vector

Image
Vector grafik melibatkan penggunaan titik, bentuk, lengkok, poligon dan pelbagai lagi bagi membentuk imej atau ilustrasi tertentu. Kalau kita tengok logo yang dicipta di mana-mana sahaja, rata-ratanya menggunakan vector. Ini kerana apabila imej tersebut dibesarkan atau dikecilkan, kualiti imej yang dihasilkan tidak terjejas. Vector juga turut digunakan dalam menghasilkan banner, bunting, komik pendek, kartun, banner laman web dan sebagainya. Banner laman web aku ni pun menggunakan perisian vector yang dipanggil Inkscape . Tengok gambar dibawah untuk tahu perbezaan vector dengan raster imej. Inkscape ni merupakan perisian open source, tak perlu bayar untuk digunakan (FREE YAY), berlainan dengan perisian Adobe Ilustrator yang berbayar dan perlu jadi lanun kalau nak guna hehehe. Walaupun perisian ini tidak se-gah dan sehebat Adobe Ilustrator, tapi ia tetap satu perisian yang hebat dan berkuasa jika kita tahu menggunakannya. Jadi apa salahnya kita cuba dengan yang percuma dulu ye ta

Multiple Yahoo Messenger

Image
Siapa yang tak kenal dengan yahoo messanger ni kan. Sekarang, budak-budak sekolah pun dah pandai chatting, dah pandai buat conference sesama rakan, malah ada jugak yang nakal bermain dengan webcam hehehe. Tapi itu semua tak penting! Jika anda mempunyai lebih dari satu akaun yahoo, adakah anda sering login akaun satu dan logout kemudian untuk masuk akaun 2? Ini adalah satu proses yang membuang masa bukan? Trick ini membolehkan anda membuka lebih daripada satu yahoo messenger dalam satu-satu masa. Ini memudahkan kita membuka 3,4 malah lebih akaun serentak. Bukankah itu memudahkan kerja kita? Tak menarik? Jangan click read more hehehe.

[PERCUMA] Cara membuat Print Screen

Image
Apa gunanya print screen ni? Print Screen ni banyak gunanya, ada yang guna untuk buat tutorial, ada yang guna untuk ambil gambar game yang kita main, ada juga untuk tunjukkan masalah komputer yang kita hadapi kepada rakan yang lebih tahu mengenainya, dan ada juga digunakan untuk mengambil maklumat dalam sesuatu laman web. Jadi apa gunanya copy paste jika kita dapat ambil gambar kn?

Cara membuat fake virus messege

Image
Ini merupakan visual basic script di mana script ini langsung tidak merbahaya kepada sesiapa dan tidak merbahaya kepada komputer anda. Script ni boleh diubahsuai menggunakan text editor kepada apa sahaja yang anda suka. lol=msgbox("Warning we have detected a virus Press YES To Restart and remove virus Press No To Try and Remove it on your own." , 20, "WARNING - SYSTEM DAMAGE")  Caranya ialah:

Tips membuat carian di Google

Image
Ramai di antara kita yang menggunakan google sebagai search engine utama kan? Tapi tahukah kita berapa banyak fungsi google ini ada? Apabila kita mencari sesuatu artikel atau gambar atau apa sahaja di internet, adakah kita taip apa yang ada di fikiran ataupun kawal apa yang kita hendak? Contohnya, kita hendak cari lagu Final Countdown. Adakah kita taip "final countdown.mp3 free download"? Atau pun tidak.  Jadi di sini ada beberapa tips yang dapat kita gunakan dengan semaksima mungkin supaya apa yang kita cari itu senang dijumpai.

Cara buat Read More di Blogspot

Image
Read More merupakan satu fungsi yang membolehkan kita memendekkan artikel yang hendak kita paparkan di muka hadapan blog kita. Contohnya, satu artikel yang kita buat mempunyai lima para. Jika kita tidak menggunakan fungsi ini, sudah pasti kesemua lima para tersebut dipaparkan di muka hadapan blog kita. Ini bermakna, ruang telah banyak dibazirkan dan kita terpaksa scroll ke bawah untuk mencari tajuk yang hendak kita baca. Ini sedikit sebanyak menyukarkan kita untuk memilih sesuatu post / tajuk / artikel.