Cara buat Read More di Blogspot

Read More merupakan satu fungsi yang membolehkan kita memendekkan artikel yang hendak kita paparkan di muka hadapan blog kita. Contohnya, satu artikel yang kita buat mempunyai lima para. Jika kita tidak menggunakan fungsi ini, sudah pasti kesemua lima para tersebut dipaparkan di muka hadapan blog kita. Ini bermakna, ruang telah banyak dibazirkan dan kita terpaksa scroll ke bawah untuk mencari tajuk yang hendak kita baca. Ini sedikit sebanyak menyukarkan kita untuk memilih sesuatu post / tajuk / artikel.



Jadi macam mana kita hendak aktifkan fungsi ini?
  • Pergi ke Settings > Basic
  • Scroll ke bawah sehingga ke bahagian "Global Settings"
  • Tick "Updated editor" di bahagian "Select post editor"
  • Save

Ok, fungsi tersebut telah diaktifkan. Tapi macam mana nak buat Read More tu?
  • Pergi ke Posting > New Post
  • Buat 1 para untuk mukadimah kemudian buatkan satu ruang di bawah untuk kita letakkan garisan pemisah antara isi yang seterusnya dengan para permulaan tadi tu.
  • Kemudian, klik butang "Insert jump break" dan anda akan lihat satu garis memanjang. Garis inilah merupakan garis pemisah antara isi dan permulaan.
  • Lihat contoh di bawah dan anda pasti faham bagaimana hendak melakukannya.  

Jika anda menggunakan fungsi ini, pasti post anda lebih tersusun dan mudah untuk dilayari oleh pembaca. Jika ada kekurangan, sila tambah hehehe.

Comments

Post a Comment

Most Popular!

Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut

OneDrive dan Kelebihannya

ShowDesktop icon hilang?