Vector pertama untuk game Perfect World

Favorite aku ialah bermain online game. Biasanya MMORPG la. Online game pertama yang aku main dulu ialah Gunbound. Game tembak-tembak naik kereta kebal tu la, macam game Worm World Party (kalau korang pernah main la). Lepas tu game O2Jam, tapi stop lepas seminggu sebab lagu dia terhad sangat. Nak lagu lagi kena beli. Sori la, tak main beli-beli ni, aku nak free.

Lepas tu entah macam mana aku boleh jumpa dengan Thang Online ni iaitu pada tahun 2004, bulan berapa tak ingat. Tapi masa tu aku di tingkatan 6. Habis je tingkatan 6, aku masuk UKM. Tapi sanggup lagi tu dari Kolej Dato' Onn aku jalan pergi Pusat Nikah (Pusanika hehehe) semata-mata nak main game ni. Kolej aku tu blok da online game hehehe. Lepas tu dah boring dengan Thang, member perkenalkan dengan PirateKing Online pulak. Punya la addicted sampai buat banyak akaun semata-mata nak jadi kaya (dalam game....haih). Tapi macam biasa la, tak tahan lama, boring. Selepas tu, ada la beberapa game lain yang aku main tapi boleh main kejap sangat je sebab game tu terlalu menuntut masa untuk naik level, kaya dan berjaya hehehe. Contoh macam Cabal Online, Rappelz, dan lain-lain lagi.


Last online game yang aku main ialah Perfect World. Dengan gambarnya yang cantik, map yang boleh tahan besar, pelbagai monster (macam la game lain tak ada kan), tambah lagi ramai yang main game ni. Memang terpengaruh sangat dengan game ni sampaikan main dari pukul 7 pagi sampai 12 malam. Stop kejap-kejap la untuk makan, mandi, solat. Main, main jugak, solat jangan ditinggalkan ye tak. Tapi ini cerita lama, sekarang dah tak main lagi dah. Tak ada feel nak main. Lagipun, main game online ni menuntut masa kita melampau-lampau. Takat main gitu-gitu je, baik aku main brickgame ahahahahahah.

Yay vector pertama telah dibuat, tapi tak siap pulak, aduh. Latar belakang tak tahu nak letak apa, muka pun tak siap, tapi tak apa la. Orang puteh kata "work in progress" ehehehe. Yang siap akan menyusul kemudian dan gambar-gambar lain akan dibuat secara berperingkat. Aku pun tak berapa pandai sangat dengan benda ni, baru-baru ni je start belajar buat macam-macam. Ikon la, wallpaper la, typography la, tapi semuanya hancur sebab tak kreatif hehehe. Tapi tak apa la, slow-slow kan. Jika ada sebarang komen, sila la komen ye, jangan segan. Kalau tak lawa tak apa la, sekurang-kurangnya aku mencuba. Selamat.


Nota: Gambar ni aku ambil dalam ko2world (private server punya Perfect World). Seperti yang aku kata, gambar ni memang kosong la sebab tak siap lagi. Cuma kalau korang ada idea @ komen @ cadangan, sila-silalah. Boleh aku memperbaiki apa yang aku buat ni.

Psstt: Aku lupa pula nak bawa gambar asal yang di screenshot dari game tu. Nanti aku akan upload kemudian.

Comments

  1. muahahahahaha~ ko2world tu x tahan.

    ReplyDelete
  2. hehehe maklum la, pw lvl tak tinggi, xkaya plak tu. ko2world je la boleh access sume barang, baju2 skali. tapi gambar yang aku ada skit sangat. nk buat muka tu punye la susah siot.

    ReplyDelete

Post a Comment

Most Popular!

Cara mengembalikan folder yang ditukarkan menjadi shortcut

OneDrive dan Kelebihannya

ShowDesktop icon hilang?